Thursday, March 15, 2012

Prata Bungkus Berinti Daging

Salam cuti-cuti sekolah.  Mungkin ramai yang sedang bersantai-santai di tempat percutian, bersenang lenang menikmati keindahan alam ciptaanNya.
Dan tak kurang juga yang masih terperap di dapur namun menikmati setiap saat silat menyilat bersama periuk belanga kuali serba serbinya.


Menjengah ke dapur CT delima tempoh hari, aku disambut dengan prata bungkus berinti daging yang rupanya sangatlah menyelerakan. Melihatnya saja hati sudah jatuh cinta dan tertawan. Belum lagi merasanya. Kebetulan ayam dan kentang ada untuk dibuat inti, roti prata jenama kawan juga ada dibeli semasa ke ekonsave.



Terima kasih CT untuk resepi yang enak ini.  Cuma intinya aku ubah mengikut selera sendiri dan juga mengikut bahan yang ada dalam simpanan.



Bahan:
1 bungkus roti prata
1 biji telur dikocok

Bahan inti:
4 ketul dada ayam diambil isinya  dan dipotong dadu
6 biji ubi kentang dipotong dadu
3 sudu besar rempah kari daging
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang kecil dicincang halus
1/2 cawan frozen veges
1 sudu besar tepung jagung dibancuh denan sedikit air



Panaskan sedikit minyak.
Tumis bawang merah dan bawang putih. Bila layu dan naik bau, masukkan rempah kari. Goreng sehingga masak.
Masukkan ayam,kentang dan bawang besar. Tambah sedikit air. Sekiranya air kering dan kentang belum empuk, tambah lagi air.
Akhir sekali masukkan air tepung jagung dan mix vege dan masak sehingga pekat dan kering.  Jangan lupa garam.


Cara:
Kalau tak ditunjuk oleh CT, aku pun tak tahu macamana nak melipatnya.
Seperti yang dinyatakan oleh CT, sekeping roti prata ini dibahagi 4 bahagian. Letakkan inti di setiap bahagian dan lipat menjadi 3 segi. Setiap puff yang telah dilipat ini di letakkan di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak. Sapu permukaan puff dengan telur yang telah dipukul dan bakar di dalam oven selama lebih kurang 20 minit atau sehingga kekuningan.



 Cara melipat bolehlah dilihat dalam blog Ros Jintan Manis.  
 Terima kasih pada Ros yang mahu berkongsi.


Memang sedap.  Memang mengancam. Boleh selalu buat. Boleh dihidangkan  semasa ada tetamu yang datang bertandang.


Sila... sila..
Sila makan ya!!!


ibundo

9 comments:

  1. enaknya prata daging tu bundo...tapi jamu mata aje mana nk kenyang...

    ReplyDelete
  2. cun gambo..ni dtg bersila dah nih..silalah hidang...

    ReplyDelete
  3. aduhhh.. santainyer bundo minum2 di laman rumah macam tu... tentu selesa dihembus angin sepoi2 bahasa gitu...

    ReplyDelete
  4. Nak joint bundo minum boleh tak... nampak santai betul...

    ReplyDelete
  5. bunda minta seketuiii...teringin nk merasa...menu ni mmg dh dlm list...cuma masa nk buat tu aje xtahu bile...

    ReplyDelete
  6. salam...

    ena dah ada kat deppan pintu umah bonda ni sambil bawak pinggan kosong.. bak mai seketui dua.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. slm bundo....
    best tue...mintak sekeping buat hilangkan teringin nie...:))

    ReplyDelete
  8. sedap nya bundo macam nak buat je ni..

    ReplyDelete