Bila bundo balik kampung baru-baru ni bundo tengok rumah peninggalan aruah maktua sudah banyak yang reput. Rumput-rumput liar tumbuh memenuhi kawasan rumah. Pokok-pokok kecil telah menjadi pokok besar menambahkan semak samun. Sayang. Sungguh sayang sekali melihatkan rumah yang dulu semasa bundo kecil begitu cantik dan meriah bertukar menjadi seperti itu.
Di tengah-tengah semak samun itu kelihatan buah kundang berjuntai-juntai melepasi pagar. Terliur bundo melihatnya. Dulu bundo teramat suka makan buah kundang yang telah masak ranum dicicah dengan kicap bercampur gula dan cili api. Sedap. Rasa masam pedas masin berbaur di dalam mulut. Nikmatnya.
Bundo ambil buah kundang yang masih muda beberapa tangkai. Buahnya sudah tidak cantik seperti dulu malah kellihatan seperti muka yang dipenuhi dengan freckles kerana sudah lama tidak membuat facial. Realitinya, pokok ini sudah bertahun-tahun terbiar tidak diperdulikan.
Kundang muda boleh dibuat macam-macam. Dijeruk boleh. Dimasukkan ke dalam masakan lemak cili api boleh. Sebagai asam untuk sambal goreng pun boleh. Macam-macam. Tapi kali ni bundo buat sambal gesek ikan bilis. Selalunya bila buat sambal gesek ini bundo akan bubuh asam limau tetapi bila dibubuh asam kundang rasa umpphhnya tetap sama malah lebih sedap.
Ada yang tidak tahu sambal gesek? Orang negeri sembilan memang dah pasti tahu.....
bahan:
dua genggam ikan bilis yang berkualiti baik
6 ulas bawang merah dihiris
10 biji cili api (kalau tak mahu pedas, kurangkan. kalau nak lebih menyengat, lebihkan)
10 biji buah kundang dihiris dan dibuang bijinya.
sedikit garam
cara:
-ikan bilis dicuci bersih dan direndam sebentar dalam air panas.
-tumbuk cili api dalam lesung sehingga lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk hanya untuk memecahkannya.
-masukkan bawang dan kundang. Tumbuk untuk memecahkannya. Jangan hancur.
-keluarkan dan masukkan ke dalam bekas. Tambah garam secukupnya. Rasakan cukup rasa pedas, masin dan masam.
-hidangkan bersama nasi panas.
Sesiapa yang ada buah kundang bolehlah cuba. Kalau tak ada, asam kundang boleh digantikan dengan perahan asam limau.
Sekian.
ibundo
tak kenal buah kundang... :(
ReplyDeletemang aiii..kocor dah air liur ni kak,sok blk kg nak carik lah kundang,kek kg.bkt kelulut banyak ni...musim dah ni kan?
ReplyDeletesamolah cam kak long..memang tak boleh tahan bilo cerito kundang ni..dah jadi pulak sambal gesek..mak ai..
ReplyDeleteTau.....pasal makan pasti tinggi pengetahuanku bundo...hehehe...bila bekawan ngan org nisemilan baru tau sambal ni...mmg sedap n smbil menaip ni sambil telan liur bundo oi... bundo ada masa tu bwk2 la buah2 tu gi facial...wakaka...
ReplyDeleteAs'salam Ibundo
ReplyDeleteKecurnyaaa...kecur lihatkan asam kundang tu. zaman ct kecik2 kalau pegi kekedai IBU mertua memang tak tinggal mesti beli jeruk asam kundang ni. IBU mertua dulu bukak kedai, jadi senanglah nak beli2 bundo sambil tu ngorat lah suami ct tu sekali..hahaha. dulu kalau beli jeruk2 ni 50sen banyak dapat. sekarang tak dapat dahhh..hihihi
hanya pernah merasa sambal gesek ni 2 kali jer bundo itu pun makan kat rumah jiran orang jawa memang sedap.
lamanya tak makan buah kundang... terliur la plak... :(
ReplyDeletemeleleh-leleh air lio den bila tgk buah kundang... time ann dok n9 selalu gak nmpak buah kundang tp skrg kat sini xpenah nmpak pn...buat jeruk sodap ni...
ReplyDeleteteringat pokok kundang kat rumah arwah nenek... tp dh kena tebang sbb pokoknya banyak kerengge... kalau tidak, berlari gee gi amek buah kundang nk buat sambal gesek bundo nih...dh menjejes air lioq nih...pos sini sket bundooooo
ReplyDeletesambal gesek memang sedap tak kiralah gunakan kundang ataupun asam limau je... mak sy cukup suka mkn lemng dgn sambal gesek tak mkn rendang pun x pe dah lidah org nogorikan.. podeh berapi tu nikmat makan !!
ReplyDeletemaria,
ReplyDeletesiannya kau haha.. pegi cari kat pasar malam.
kakong,
tongah musim yang mudo no. Tak lamo lai masaklah pulak. lai sodap makan cocahmo kicap cili dan gulo. mak ai..
erna,
ReplyDeletehaha.. ngonangkan namo e yo dah kolua air lio.
chah,
tak sangka pengetahuan ko pasal masakan ni begitu tinggi sekali kahkah..
ct delima
wksalam. wah.. dapat suami ni hasil beli buah kundang lah ye hahaha...
senang je buat sambal gesek ni ct. Pejam mata pun boleh buat.
kehelan,
ReplyDeletealamak.. kesiannya.
ann,
time buah kundang muda banyak ni, kalau rajin buat jeruk. Arwah mak bundo dulu selalu buat jeruk. Jeruk masin.. jeruk manis. Apa-apa pun laku.
gee,
sayang gak kan kalau ngenangkan pokok yang ditebang. err... nak pos buahnya kat pokok dikampung hii.. Bundo amek sikit je.
ct,
kalau tak podeh berasap, kalau tak meleleh selemo... mano sodap.
Assalam Ibundo
ReplyDeletedulu kalau dengar perkataan gesek,Amie sangka maknanya ikan kering... lama tak makan asam kundang, kenapa ye rupa kulit asam kundang jadi gitu sebab seingat Amie yang entah berapa tahun tak makan asam kundang ni, kulit buah ni halus mulus....teringat buahnya yang berjuntai-juntai di kebun semasa kami melintas nak ke kebun getah masa kecik2 dulu.
Salam kak,
ReplyDeletekebetulan ada buah kundang jiran bagi 2 hari lepas..nak tanya..bilis tu tak payah goreng dulu erk?
Alahai.. Nur tak pernah makan buah kundang. Tentu sedap sambal ni.
ReplyDeleteSedapnya sambal bundo letak buah kundang....buat kecur air liur nengoknya...
ReplyDeleteoh, rupanya bundo orang N9 :)
ReplyDeleteCantik biji buah kundang, tak tau ianya warna purple, selalunya, ngiap isinya dan buang jauh jauh.
Boleh ker dititik jering basau dan campurkan buat ganti buah kundang tu..
ReplyDeleteTitik joring basau dan campurkan sekali..sodap tu
ReplyDelete