Masa bundo sekolah dulu bundo ada kawan orang jawa. Namanya Jum. Jum binti Sukaimi. (Kat mana lah kau sekarang ni Jum). Bundo tanya kenapa nama dia Jum. Dia jawab sebab dia lahir hari jumaat. Pak sukaimi lantas bagi dia nama Jum. Tapi bundo panggil dia Jumishita Sukaimimura sebab terpengaruh dengan satu lagu jepun yang amat popular pada masa itu. Apa nama lagu tu, bundo dah lupa.
Yang nak bundo cerita sini ialah, Jum ini tersangatlah suka makan tempe. Dia ni orang JB. Emak dia dengan pakcik sukaimi ni boleh kata tiap-tiap weekend datang jenguk dia di asrama. Tiap-tiap kali datang mereka akan bawa makanan. Tempe memang tak mis. Yang kami ni tumpang tengok dan tumpang hidu. Nasib baik, kena pelawa makan. Selalunya nasib tak baik.
Tapi bundo tak suka tempe. Pada masa tu lah. Pada bundo tempe ni satu makanan pelik dan rasanya pun pelik sehinggalah satu hari ada kawan yang bagi bundo makan tempe goreng bersalut tepung. Terus bundo jatuh cinta.
Sekarang ni bundo dah kurang makan tempe. Bukan tak suka tapi terpaksa kurangkan atas saranan doktor yang menyuruh bundo kurangkan atau elakkan terus makan kekacang. Jadi, produk kekacang juga bundo kena kurangkan juga sebab paras uric asid bundo ni dah agak tinggi.
Sotong goreng tempe:
bahan:
5 ekor sotong besar di potong
1 bungkus tempe dipotong ikut suka, gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam
2 biji ubi kentang dipotong wedges
1 biji bawang besar dipotong wedges
1 biji tomato dipotong wedges
2 ulas bawang putih dititik
2 ulas bawang merah dihiris
1 cm halia dihiris memanjang
2 biji cili merah dihiris
1/4 sudu kecil kunyit
garam secukup rasa
sedikit daun bawang dan daun sadri untuk hiasan
Goreng tempe sehingga kekuningan. Ketepikan.
Goreng kentang sehingga kekuningan. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
Masukkan sotong, kunyit dan sedikit garam. Gaul sebentar. Bila sudah agak masak, masukkan tempe dan kentang yang telah digorenng.
Masukkan pula bahan lain kecuali daun bawang dan daun sadri.
Gaul dan padamkan api.
Taburkan daun sadri dan daun bawang dan gaul rata. Hidang.
Satu lagi masakan mudah. Kalau nak lebih berkhasiat, gunakan minyak zaitun untuk menumis.
p/s
Kepada yang telah memberi komen dalam n3 bundo di bawah, bundo ucap terima kasih. Bundo agak sibuk kebelakangan ini menyebabkan tidak berkesempatan untuk menjengah dapur kawan-kawan semua dan juga untuk membalas komen.
ibundo
bahan yg mudah dan sonang!
ReplyDeletetimo kasih kak...
salam.. ita suka tempe dan masak macam ni.. kalau makan nasi sepinggan tak ingat diet.. hihiihi ratah macam tu pun sedap
ReplyDeleteYa Allah, sodap ehh kakkkk... Tak abeh tolan air lior ni haa... huhuhu...
ReplyDeleteAs'salam Ibundo
ReplyDeletesangat simple memang sesuai untuk suri rumah yang bekerja, balik terus boleh masak. Citer pasal tempe ni dulu dan sekarang Hubby ct pun tak suka makan tempe, katanya pakai kacang busuk..hahaha. adoii..kadang2 ct masak tu selit2 jugalah tempe ni bundo, nanti Hubby dok kuis2 tepi pinggan. ct lah tukang habis kan..hehehe
bizi eh Bundo? sedap ratah tempe tuh..senng & sedap
ReplyDeletewow..!! mengancam...neleh airlioq dibuatnya...
ReplyDeleteAda tempe, ada potato, ada ikan bilis....boleh lah buat juadah tengahari ni. Tanpa sotong sebab tak suka
ReplyDelete