Tuesday, November 8, 2011

Nasi Lemak Pandan

Yang balik ke kampung sudah kembali ke kota.  Yang pulang bercuti sudah balik semula menyambung pengajian. Pinggan mangkuk yang keluar dari almari, sudah masuk semula ke tempatnya. Yang tinggal mungkin sedawa yang masih berbau rendang dan lemang, lodeh dan ketupat, kek cokelat yang masih berbaki dalam peti ais.

Semuga rakan taulan, saudara mara yang menunaikan haji memperolehi haji mabrur.
Kita pula berterusan berkorban tenaga, idea, wang ringgit dan sebagainya demi menyediakan makanan untuk keluarga tersayang.




Sebut nasi lemak, masing-masing menggelupur nak makan.  Cakaplah yang nasi lemak ni banyak kolesterol, banyak lemak, boleh buat orang gemuk, ia takkan menjejaskan kepopularitiannya.
Di rumah bundo ni, bundo sekali sekala membuat nasi lemak hijau, menyimpang sedikit daripada kebiasaan.  Warna yang cantik akan menambah seri pada nasi tersebut dan juga menambah selera pada orang yang makan.



Bahan
(Ubah suailah bahan ini untuk bilangan keluarga sendiri. Bundo buat banyak sebab keluarga besar)

1 kilo beras basmathi
santan dari 1 biji kelapa
10 helai daun pandan dipotong kasar *
1 inci halia *
4 batang serai dihiris *
1 sudu besar serbuk stok ayam
Air yang cukup untuk mengisar bahan dalam blender
garam secukupnya
sedikit pewarna hijau


1.  Blender bahan yang bertanda * dengan air. Tapis dan ketepikan.
2. Cuci bersih beras basmathi. Masukkan air hasil blender (1), santan, serbuk stok ayam, garam, sedikit pewarna hijau. Sedikit sahaja pewarna tu. Kalau harapkan warna dari daun pandan sahaja, hijaunya akan pucat. Santan pula, agak-agaklah cukup untuk beras yang ditanak.
3. Biarkan masak.



Nasi lemak ini  dimakan bersama iringan nasi lemak biasa. Ada sambal, telur, kacang goreng, timun dan kalau rajin buatlah rendang ayam. Memang sedap dimakan bersama rendang ayam.

Sekian.

ibundo

11 comments:

  1. As'salam Ibundo

    Selamat pagi, alahai..ditayang nasi lemak beraroma pandan semerbaklah baunya menusuk hidung pagi tu kan bundo..hehehe. ada rendang atau sambal kacang sotong lagilah sedap. CT pun lama juga tak buat nasi lemak ni bundo, ingat cuti2 nanti nak buat jugalah boleh ikut resipi bundo ni. Oh ya nasi lemak ni bundo tak letak halba ya :)

    ReplyDelete
  2. Salam ibundo,
    selamat hari raya. Cantiknya nasi lemak ibundo tu, berderai cantik. Saya jarang ikut sukatan sbb sll buat 2 pot jer, itu yg tak berderai kot. hehe...
    Tumpang makan nasi lemak, pagi td nasi goreng je.:)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. assalam kak pah..antik pulak nasi lomak ni..ada warna hijau..lom ponah buek ni..nanti nak cubo..timo kasih kak pah..

    ReplyDelete
  5. salam bundo...lawa kaler nasi lemak tu...mmg menawan...

    ReplyDelete
  6. salam pah..waduh sedap nasi lemak pandan..dr jauh dh terbau2 keharuman aroma nya

    ReplyDelete
  7. Salam...bestnye nasi lemak pandan...menggoda betui...

    ReplyDelete
  8. bundo, sayapun baru sudah masak nasi lemak...tp tklah cantik ijo cm bundo punya...nasi bundo canggih, cm shrek....hihi...

    ReplyDelete
  9. panjang sungguh butir nasi ni ye bundo...sedapnyer

    ReplyDelete
  10. wah akak masak nasi lomak rayo tu hari yo?..apo tak cakap?haha

    kak sey dah buek dah carrot kek akak tu.maaaaang aaaii..sodap ee pulak ai..sokgi ese tepek resepi yo kak yo..hehe

    ReplyDelete
  11. Menggoda sungguh nasi lemak ni! Nak tumpang makan boleh?


    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete