Selalunya kalau buat nasi tomato, bundo guna tomato puree. Kali ni bundo gunakan tomato sup kimball. Anak laju je makan. Tak tahulah tekak orang lain. Kalau nak cuba, bolehlah terai resepi di bawah ni.
1 kilo beras basmati
1 tin tomato sup kimball
1/2 tin susu cair
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 inci halia dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dicincang
1 cube stok ayam
Segenggam kismis
4 sudu besar majerin/butter untuk menumis
2 helai daun pandan disiat dan disimpul
air secukupnya
1. Panaskan butter. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan sehingga wangi. Ketepikan.
2. Masukkan beras basmathi ke dalam rice cooker. Tuangkan bahan yang telah ditumis tadi. Masukkan sup tomato, susu cair, cube ayam, daun pandan dan air secukupnya. Tambah garam secukup rasa.
3. Bila mendidih, kacau perlahan supaya cube ayam tidak terkumpul di satu bahagian sahaja.
4. Bila nasi separuh masak, masukkan kismis.
5. Tanak sehingga masak. Taburkan dengan badam goreng kalau suka.
Bundo makan dengan ayam kurma kari dan sambal. Lidah ni kalau tak de yang pedas macam tak jalan je.
Sekian.
ibundo
wah Bundo, nasi tomato guna sup tomato ehh..interesting
ReplyDeleteadoiii bundo...mengancam lah... baru jer buat nasi ayam nmpknya kena try nasi tomato bundo ni pulak...
ReplyDeletekak pah sodap yo..saya jarang buek nasi tomato.
ReplyDeleteBundo nampak sedap tu..
ReplyDeleteSalam Ibundo :)
ReplyDeleteNmpk sedap sgt nasi tomato... blm pernah try gunakan tomato sup kimball jgk..ni mesti sedap..minta izin salin resipi dulu yer :)
cahya,
ReplyDeleterasanya lebih sedap.. pada tekak bundo lah
gee,
terai gee
erna,
tak rugi cubo na
ros,
lemak2 gitu..
hawa,
cuba ye hawa.
salam kakpah..samo la dgn den mesti pedas baru ada ummphh..nanti saya nak cuba resepi ni.Nak kena beli beras basmathi baru cantik:)
ReplyDeleteas-salam ibundo
ReplyDeletemenggoda pagi2 tengok nasi tomato ni..sungguh menyelerakan..ady nak cuba juga resepi ibund0 ni ..
assalamualaikum ibundo, mashallah sedapnyer nampak, perut buat muzik pulak dah hehehe...mungking minggu ni nak try la recipe ni..lame sgt tak makan nasi tomato!
ReplyDeletesalam ibundo. nice cooking. salam kenal juga :)
ReplyDeleteBundo! Noti tau....sedap tul nasi tu...leh buat catering ni...
ReplyDeletecm,
ReplyDeletelidah melayu. orang negori pulak tu..hehe
ady,
silakan ady..
iva,
salam. nanti bagitahu ye rasa mengikut lidah u plak.
sis intan,
salam kenal dan tk jenguk bundo.
chah,
ko lagi noti chah. Buat memacam tak bagi pun..
salam.
ReplyDeletesedaplah bundo.
LadyD nak try la..
Salam kak pah.. nasi tomato memang menyelerakan.. ita suka sangat buat tambahan kena dengan lauknya..:)
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Pah aka Ibundo..
ReplyDeleteSuka nasi tomato tapi malas nak buat.. hehehe
hani
ReplyDeletesalam. cubalah hani. kena dengan lauknya, bertambah makan..
juwita,
salam. Lauk berkuah pekat2.. ada pula ulam atau acar..
Naz,
salam. Kalau malas tu, tak dapek nak nolong hehe