Saturday, October 22, 2011

De Rosella

Selamat berhujung minggu.
Di belakang rumah bundo ada pokok rozel.  Ceritanya ada di sini.  Sempat jugalah bundo mengutip kuntum-kuntum rozel dan merebusnya untuk dibuat sirap. Airnya sedap diminum sejuk terutamanya pada waktu panas terik. Rasanya pun ada rasa ala-ala ribena.



 Hampas rozel yang sudah direbus tadi, boleh dibuat jem. Boleh dimakan bersama roti atau biskut atau pun digunakan sebagai salah satu bahan dalam masakan.
Sekiranya ada tanah di belakang rumah, tanamlah pokok rozel.  Tidak rugi menanamnya tetapi jangka hayat pokok ini dalam kadar 6 bulan sahaja dan perlu di tanam semula sekiranya mahu stok yang berterusan.

Cara mebuat sirap rozel:
Ambil  kuntum-kuntum yang besar, masukkan ke dalam periuk dan bubuh air.  Tambah gula secukupnya.  Biar manis sedikit, tidak mengapa sebab bila kita minum, kita perlu tambah air dan ais mejadikan manisnya berkurangan.  Rebus sehingga benar-benar empuk dan airnya kelihatan merah pekat.



Cara membuat jem:
Tapis rozel yang sudah direbus. Masukkan rozel ke dalam blender dan kisar halus. Curahkan ke dalam kuali, tambah gula secukupnya dan masak sehingga pekat.

Sekian.


ibundo

8 comments:

  1. hebatnya ibundo.... jus rozel, hampas rozel...pokok rozel, semuanya bermanfaat, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. jap laie nk poie bangi lah,nk ngicak sikit buleh?....heheheh!

    ReplyDelete
  3. Wah ibundo.. seronoknya dapat buat jus rozel sendiri..

    ReplyDelete
  4. sejuknya tekak tgk air roselle..hebat ibundo semua bt sndiri..yana slalu beli je jus n jem hehee..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak..say pun pernah cuba buat jus dan jem rosel ni....sedap...anak2 pun 2 3 kali angkut kat peti ais....(Jimattt sekejap tak yah sedia stok rebina..he he he he)

    ReplyDelete
  6. Bundo dah tengahari ni.matahari dah mula naik.Jusss tu...... terguda la.

    ReplyDelete
  7. gee pon suka sirap rozel...baru lagi beli kat pasar tani... ingat nk tanam juga lah...

    ReplyDelete
  8. Salam semua.....
    selamat berhujung minggu

    ReplyDelete