Lebih kurang dua tahun dulu, resepi udang goreng nestum ni meletup-letup di alam maya. Skodeng sana, ada udang goreng nestum. Skodeng sini ada udang goreng nestum. Bundo pun ikut skodeng kat tepi tingkap dapur orang. Nak masuk, takut. Lagipun bundo sendiri tak ada dapur. Bundo bawa balik resepi. Bundo buat untuk makan keluarga dan semuanya suka. Semua puji sedap. Dan udang goreng nestum ini telah menjadi antara menu kegemaran keluarga sejak itu.
Oleh kerana bundo main skodeng dan resepi pun bawak balik pakai ingat-ingat gitu je dalam kepala, bundo tidak tahu siapa sebenarnya pencetus idea ini. Pujian patut diberikan kepada pemunya resepi asal dan bundo minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat meletakkan linknya di sini sebab bundo tidak tahu siapa. Apa-apa pun, bundo minta izin menyiarkan kembali resepi ini untuk panduan anak-anak dan sesiapa yang berminat untuk mencuba. (Kalau sesiapa tahu asal usul resepi ini, tolong bagitahu bundo)
20 ekor udang yang agak besar
10 helai daun kari
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar butter
3 biji cili api dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1/2 cawan nestum ( nak lebihkan pun, boleh juga tapi kena tambah butter)
minyak untuk menggoreng udang
Udang digaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
Panaskan butter. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api. Masak sehingga berbau wangi.
Masukkan pula nestum dan serbuk stok ayam. Gaul sehingga nestum nampak garing. Matikan api. Masukkan udang yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaulkan dia bersama nestum hingga sebati. Angkat dan hidangkan panas.
Kepada sesiapa yang belum pernah mencuba resepi ini, cubalah. Sedap.
ibundo
Bundo, nampak sedap sangat ni..lagi2 kalau ada cili api tu kan. Kena try..tak payah order kat kedai lagi dah pasni.
ReplyDeletekak, nak tanyo kit. bila masa kita nak guna serbuk perisa ayam, kiub ayam, pati ayam (yg botol tu) ek? nanti raso eh ado bezo2 ko? akak salu pakai cap megi ko knorr? yg mano sodap kak?
ReplyDeleteMenggodalah kakPah...
ReplyDeletecahya indah,
ReplyDeletedah tau buat sendiri je
tijah,
alahai.. no strict rules. Ekau tabur/lotak yo bilo toragak. ghaso e camtu gak. antara megi dan knorr, lobih kurang yo kot. tapi akak slalu guno knorr
cklah,
apa lagi...
Ummi pun pernah buat resepi ni Ibundo...rasaya Ummi amik dr resep2 kat internet gak, lupaa lak, kena pegi tengok kat entry ummi dulu, malesss....hehehe
ReplyDelete