Monday, September 26, 2011

aku, perempuan dan apam dot..dot..dot..

Kalau nak ikut, memang cerita lama.  Orang dah berkurun-kurun buat, kita baru terhegeh-hegeh cari resepi. Halnya, memang mulanya tak berminat. Pertama sebab bundo bukan peminat apam.  Kedua, diorang  kat rumah ni pun memang bukan peminat apam. Dairpada buat dan terbazir, bundo diam je tengok orang lain pampang apam dot sana apam dot sini.

Tapi bila tengok apam dan resepi di blog gee, entah macamana tergerak pula nak copy resepi. Terima kasihlah gee sebab gee telah membuka hati bundo ini untuk membuat apam yang banyak dot ni. Tapi kan, oleh sebab terlampau ghairah sangat dengan projek ni, bundo sudah terlebih taruk colouring ma. Yang hijau tu cukuplah hijau dengan kehijauannya. Yang pink tu pun dah naik jadi merah.


Sekali kelibat memang penuh keceriaan.  Sungguh bewarna warni hehe..
Gee, sedap gee.  Bundo yang tak suka makan apam ni pun habis ku bedal lima nam ketul.


Oleh kerana ni pertama kali buat, dikira masih di peringkat eksperimenlah, boleh gitu? Next time (sudah pasti ada next time), kena kurangkan kaler.


Gee izinkan bundo CnP resepi apam pokaldot gee kat sini ye.  Terima kasih juga pada puan rafidah kasim adik ipar gee yang telah memberi resepi beliau pada gee.

Resepi asal: Gee / rafidah kasim


APAM POLKA DOT

Bahan2
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telor
2 sudu kecil baking powder
1 susu kecil ovalette
100ml susu segar
Pewarna
Filling/jem yg digemari

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.Picitkan blueberry filling secukupnya.
6.Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.


Kepada sesiapa yang belum pernah buat, buatlah. Sedap.

ibundo

18 comments:

  1. kak pah..mas pun tak buat2 lagi tau resepi apam ni...
    nampak lembut gebu jerk tau..

    ReplyDelete
  2. wah, kalerful apam dot dot bundo nih... lama dah nurul x buat... time tgh glamer dulu, tiap2 mggu mesti buat... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Pah

    Cantiknya apam melayu terakhir tu...warna hijau memikat kalbu..hehe.

    ReplyDelete
  4. kaklong selalu teringin nk buek,tapi ado penyakit 'm' la...hahahah~

    ReplyDelete
  5. bila tah nak buatnya..meh sini bg saya rasa dulula...hehe

    ReplyDelete
  6. Ibundo...aku wanita,ibu ,tukang masak dan dot...dot..dot.cantik apam tu.Kita dah pernah buat.

    ReplyDelete
  7. kak pah, saya pernah try 2,3 kali buat apam ni. still tak menjadi.. vantattt

    ReplyDelete
  8. as-salam ibundo
    cantik apam dot3 tu..warna pun cantik..ngancam betul...

    ReplyDelete
  9. saya tak pernah buat lagi apam nih..takutssss..risau tak jadik...hehehhe

    ReplyDelete
  10. Sey dah ponah buek apam ni kak. Tp takdo la lotak filling dgn buek dot2 tu.. Macam leceh yoo kojo ehh nak lotak bondo2 tu.. Pomaleh la katokan.. hehe..

    Omak sey tak suko apam camni.. Kok sey buek, jonuh la makan sorang2..Pehtu dio tak suko kaler2 ni.. Bau inci, kato ehh..

    Payah.. huhuhu..

    ReplyDelete
  11. Mas,
    memang sedap dan gebu. cubalah.

    nurul,
    haha.. terlebih kaler

    nuridah,
    kehkeh..

    kaklong,
    kalau ponyakit m tu, tak dapek nak nolong e

    ReplyDelete
  12. anna,
    maap dah habis hehe

    puan ros,
    kita ni memang banyak dot dotnya kan? Kalah apam.

    izah,
    cuba terai resepi gee ni. ikut arahannya tu.

    ady,
    bundo tak berapa puas hati tang kaler. nak kena cuba lagi lenkali

    q,
    cubalah. resepi ni main lebur je. mudah.

    azz,
    memang iyo leceh. tapi yang leceh tulah yang sodap haha.. kok nak sonang masuk yo somo e tu lam loyang kan?

    ReplyDelete
  13. assalam kak pah.amboi..tajuk e..kemain..he he
    saya pun bolom ponah buek apam ni kqak Pah..maleh nak bermain ngan warno tu..

    ReplyDelete
  14. ckLah dah buat sekali tapi tak berapa jadi. Tak berapa nak mendot-dot...heheh. Tu yang senyap tak tunjuk kat blog! :D

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum ibundo...
    diana x perna lg cuba buat apam nie.. x reti nak buat sebenarnya.. takut x menjadi.. :D... apam yg akak buat tu mmg nampak cantik ler ibundo... comel....

    ReplyDelete
  16. ena pun tetiba rasa nak copy paste jugak la apam dot dot kakpah ni.. hehe

    lawa bonar eh! sayang pulak nak makan.. :)

    ReplyDelete
  17. erna,
    tajuk bia gompak kahkah

    cklah,
    nak adun kejap je tapi nak mendot-dot tu yang makan masa.

    diana,
    tu lah.. bundo pun takut nak cuba tapi akhirnya cuba gak

    ena,
    anak mesti suka makan tu..

    ReplyDelete