Friday, September 23, 2011

Sup Penne

Kelmarin hati ada sedikit 'down' sebab buat satu resepi rekaan tak berapa menjadi.  Rasa dia okay tapi tang rupa ada sikit kalah. Silap silap tengok ada rupa macam lempeng. Tapi kalau diambil gambar dari sudut yang bersesuaian, tak adalah nampak teruk sangat. Masalahnya petang tu hujan. Pukul enam dah macam nak maghrib. Flash kamera pula dah habis bateri. Snap gambar betul-betul benda tu macam baru kena panah petir.
Nantilah buat lagi sekali sebab resepi tu kena tulis kat sini.  Kalau main letak dalam kepala, sah-sah tahan dua tiga minggu.

Harini dah Jumaat? Beruntung siapa yang bernama Jumaat.  Tiap-tiap hari , hari Jumaat... haha apa bendalah yang bundo bebelkan pepagi ni.

Jom tengok resepi sup penne ni.  Elok untuk emak-emak yang dah tak tahu apa yang nak dimasak untuk anak-anak.

1 mangkuk penne yang telah siap direbus empuk
2 ketul ayam yang bertulang, potong kecil
10 biji? batang?(hantam sajalah laboo) kacang peas
1/2 batang carrot
sedikit capsicum merah dipotong ikut suka
2 ulas bawang putih dicincanng halus
1 biji bawang besar di dadu kasar
1/2 cawan susu cair
1 cube stok ayam
air secukupnya



Panaskan sedikit minyak.  Tumis bawang putih.  Setelah berbau wangi, masukkan bawang besar. Kacau.  Masukkan ayam dan gaul.  Masukkan pula air secukupnya.  Agak-agaklah.  Jangan sampai pula banjir periuk tu. Apabila mendidih masukkan stok ayam, penne. Tambah dengan susu cair. Biarkan mendidih lagi baru masukkan sayur-sayuran. Rasakan garam.


Ada rasa lemak-lemak berkrim sup ni.

Sekian.

ibundo

7 comments:

  1. baru malam tadi makan benda ni kat kedai hehe:)nanti nak buat cam kak pah lah..yg kat kedai smlm dah lah tak sedap mahal pulak tu..nyesal..kena buat sebdiri sb anak suka :)

    ReplyDelete
  2. cm,
    Masak sendiri lebih puas hati kot.
    kalau tak sedap pun sendiri komplen..hehe

    ReplyDelete
  3. kak pah..saya ni orang kampung yang ketinggalan..sobab tak ponah makan bondo ni..he he

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ibundo...
    alololoo... x per ibundo... diana pun kekdg tu cipta resipi nie ada jer yg x manjadi.. huhu.. x per lain kali bole cuba lg kan ibundo.. ;)
    tgk sup tu... ermmm mmg terliur tgk... mmg suka sup gini... sedap.. lemak2 gitu...

    ReplyDelete
  5. erna,
    kakpah pun orang kampung gak tapi belagak banda haha..

    diana.
    kena cuba lagi lah kan?

    ReplyDelete