Friday, September 23, 2011

Ayam rendang

Rendang ni bundo buat masa ajak staff datang makan haritu. Dah muak mandang rendang? Mahu dua tiga bulan tak buat rendang dah ni agaknya. Tapi raya haji nanti mesti nak merendang jugak kan?

Siapa yang tak pandai buat rendang? Jangan tak tahu, ada yang tak pandai buat sebab mereka ni pandai makan je. Tu termasuklah anak bundo. Nanti kalau bundo tak ada tahulah nasib, haha. Di bawah ni bundo perturunkan ilmu pada anak-anak bundo. Cuma satu bundo nak bagitahu kat diorang ni yaitu asas buat rendang ni sama.  Tambahan-tambahan lain yang dipelbagaikan itu yang memberi rasa yang berlainan. Bundo suka tukar-tukar rasa.


1 ekor ayam
1 kilo santan
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
2 cm lengkuas*
1 inci kunyit hidup* (atau lebihkan kalau tak cukup kuning.  Boleh juga guna kunyit serbuk)
1 senduk cili kering yang dikisar  (boleh kurangkan kalau takut pedas)
10 ulas cili api * (boleh kurangkan kalau takut pedas)
3 batang serai *
2 batang serai dititik
1 sudu kecil ketumbar*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
6 biji buah keras*
10 helai daun limau purut
sehelai daun kunyit dicarik-carik
1 bungkus kecil kerisik
sedikit air asam jawa atau perahan lemon

Masukkan kesemua bahan yang bertanda* ke dalam blender dan kisar halus.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bahan yang dikisar dan cili kering sehingga garing dan wangi. Masukkan serai yang dititik.
Masukkan pula ayam dan masak sehingga air ayam kering.
Apabila air ayam kering, masukkan santan dan garam. Tunggu sehingga kuah pekat baru masukkan kerisik, daun limau dan daun kunyit. Perahkan sedikit asam lemon atau masukkan air asam jawa.  Rasakan garamnya.

Sekian

ibundo

7 comments:

  1. kak pah !nak rendang sikkit..nampak bayang lomang tu:)p....bahan asas hampir sama tapi yang kakpah ni agak lain dari biasa sb ada jintan jintan tu.Boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  2. salam bundo...
    serius raya kali ni miz xbuat lg rendang sb balk raya kpg akk yg buat pehtu kat rumah sdri xbuat pon lg heheh

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak pah sy tahun tak merendang ,tak buat ketupat ni rase2nya nak buat jugak rendang ni

    ReplyDelete
  4. cnp resepi ni kak pah..jarang2 mkn rendang ayam.tq.

    ReplyDelete
  5. dari rupa dan minyak rendang tu dah tahu sedapnya rendang ni tambah di cicah dengan lemang belakang tu.. sepinggan habis pun tak ingat

    ReplyDelete
  6. tgk pun dah tau sedap ibundo.... terliur tgk rendang tu...

    ReplyDelete