Monday, September 12, 2011

Jelatah Timun Tempoyak

Tempoyak ada.  Timun ada.  Ikan pun ada.  Bila bundo terjumpa resepi chef Arm ni terus bundo perkenan. Lagipun bahan semua lengkap. Sesiapa yang  suka tempoyak tu, cubalah buat jelatah ni.  Memang sedap diratah macam tu saja.


Bahan:
Dua biji timun dibuang kulit dan diparut kasar
3 sudu makan tempoyak
2 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji cili api ditumbuk
2 biji bawang merah di hiris
1 sudu teh garam


Campurkan tempoyak, cili api, garam dan isi ikan kembung.  Gaul sebati. Masukkan timun dan bawang.  Gaul rata.
Siap untuk dihidang.




Kalau semasa proses mengaul kelihatan kering, jangan dibubuh air kerana timun itu sendiri akan mengeluarkan air.

Selamat mencuba.

ibundo

14 comments:

  1. dah sudah cuci tgn pun bau masih lekat di tgn...sah2 sedap la tu! :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya tempoyak.. tapi tak reti nak makan macam ni.. tahu makan gulai tempoyak je.. tentu sedap ni

    ReplyDelete
  3. Salam syawal ibundo, menyelerakan nampaknya.Boleh hilangkan muak rendang hari raya ni.

    ReplyDelete
  4. kak,sori..komen kaklong ni tak do kono mengono ngn n3 ni...sbb ari tu klong tgk resepi bakso..ak buek..tapi tak tau apo tu 'pentol'...apo tu kak?

    ReplyDelete
  5. oo..boto la tu..kaklong ari tu boli kek serdang la..sodap bebola ea,bebanding dgn kek pasar kajang tu...tq kak...

    ReplyDelete
  6. Saya memang suka tempoyak. tapi tak pernah le buat cam gini

    ReplyDelete
  7. del,
    tangan tak bau sebab makan dengan sudu hehe..

    ReplyDelete
  8. juwita,
    ikut taste orang gak ni. Kena makan cepat lepas buat sebab timun cepat lembik.

    puan ros,
    lari dari rendang. Open house banyak lagi ni..

    ReplyDelete
  9. kaklong,
    poi boli kek pasar borong tu.

    kak sam,
    haha.. bundo pun baru pertama kali buat sebab baru terjumpa resipi ni.

    ReplyDelete
  10. pertaim tengok ni kak pah macam best aje

    ReplyDelete
  11. chik mimi,
    kpah pun pestaim buat.

    ReplyDelete
  12. kakpah..nasib tempoyak dah habis kat rumah saya nih..kalau dak hari ni jugak saya buat..kekekke..mee ladna dah selamat dah saya buat semalam...kekkeke....terima kasih kak atas resepi mee tu..sedap..;)

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah Ibundo...ngencess habis Ummi tengok jelatah timun tempoyak ni taaauu..mesti buat punyer...dah la pose ni ha...huhuuuu...

    ReplyDelete
  14. Q, durian murah-murah banyak kat pasar malam. boleh buat tempoyak.

    ummi,
    uhuu.. tapi buat masa dah dekat-dekat nak makan.

    ReplyDelete