Sunday, August 14, 2011

Nasi Briyani Ibundo

Salam.
Semalam bundo bersilat di dapur menyiapkan hidangan untuk lebih kurang 50 orang yang bundo jemput  berbuka puasa. Mereka semua adalah adik bradik hasben, anak-anak buah, beberapa orang staff yang bujang dan kengkawan anak-anak. Penat tak usah nak cakaplah. Bila usia memanjat hingga dah nak sampai ke pucuk ni, buat apa pun rasa penat. Lebih-lebih lagi kaki ni yang tak tahan berdiri lama-lama. Tapi walau macamana penat pun, sesi mengambil gambar masih diteruskan.  Cuma nasi briyani dah orang ramai balik baru teringat yang bundo terlupa nak ambil fotonya. Jadi, bawah sinar lampu yang romantik dan malas nak naik atas ambil flash, maka terhasillah gambar yang agak romantik jugak.


Bundo masak nasi briyani 4 kilo, guna dua rice cooker. Resepi bundo ni untuk 2 kilo.  Kalau ada sesiapa yang nak mencuba, pandai-pandailah adjust ye.

2kilo beras basmathi
3 biji bawang besar dihiris nipis
6 ulas bawang putih dihiris nipis
rempah 4 sekawan secukupnya
2 inci halia dihiris nipis
1 tin kecil minyak sapi
2 peket rempah briyani segera adabi
600 ml air stok ayam
(Kalau tak ada stok ayam, guna 4 sudu besar serbuk stok ayam knorr dibancuh dengan air)
1 tin susu cair
4 sudu besar tomato puri
2 sudu besar yogurt perisa asli
1 cawan kismis
1 tangkai daun ketumbar diambil dengan akarnya sekali (bukan 1 batang je ye. 1 gugus ketumbar bersama akarnya tu)
air secukupnya



-Panaskan minyak sapi.  Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan sehingga wangi dan garing. Matikan api dan masukkan rempah briyani dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
-Beras dibasuh dan ditoskan.  Masukkan bahan tumis ke dalam beras.  Masukkan juga air stok ayam, tomato puri, yogurt, susu cair, daun ketumbar, air secukupnya dan garam secukupnya.
- Masak sehingga 3/4 masak dan masukkan kismis. Kalau tak mahu kismis tak payah bubuh pun tak apa.



Makan dengan kari tulang+daging.  Pergh!! Makan tk hengat dunya.


resepi kari ni bundo letak kemudian.

sekian.

ibundo


6 comments:

  1. as-salam ibundo

    rajinnye ibundo masak sampai 50 orang..kalau ady tak sangguplah..npknye order ajelah.. kari tulang+daging tu kat atas npk sungguh menyelerakan..npk dah tahu ni mesti sedap mkn dgn nasi briyani tu...

    ReplyDelete
  2. Hmmmmm, panjaaaaang! Dengan resolusi gambar yang bermutu, semakin sodap nampak nasi dan kari yang sedaptu...

    ReplyDelete
  3. ady,
    kalau nak ikut rajin, memang tak rajin. kalau boleh nak oder je. tapi selalulah... kalau ajak orang makan macam tak puas kalau suruh orang lain masak.

    cklah,
    hehe.. cubalah terai..

    ReplyDelete
  4. ni bawakan bundo kukis,blh mkn kukis ni.sey nk tapau nasi briyani romantik tu sikit.:)

    ReplyDelete
  5. sedapnya kakpah..fav saya briani nih..makan lak dgn kari tulang...memang boleh mengulang byk kali kalau ada lauk macam ni kat rumah..hehehe....

    ReplyDelete
  6. kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!

    ReplyDelete