Sunday, August 7, 2011

Bubur Lambuk

Bubur lambuk yang bundo buat ni kurang rasa rempah dan mual sebab bundo memang tak berapa suka rasa minyak sapi. Jadi, sesiapa yang tak suka rasa minyak sapi, bolehlah cuba resepi bundo ni.


1 pot beras ( pot plastik rice cooker tu)
Air secukupnya
1 cawan daging cincang ramlee
100 gm santan pekat
sedikit hirisan halia
1 batang serai diketuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
 minyak jagung untuk menumis
daun bawang dan daun sup
bawang goreng


Panaskan minyak.  Tumis bawang, halia dan rempah empat sekawan sehingga wangi.  Masukkan daging cincang dan masak sehingga air daging kering.
Masukkan air, garam dan serai.  Masak sehingga nasi lembut. Masukkan santan dan lada hitam. Tambah air sekiranya perlu.

Bila menghidang, taburkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, cili hiris dan telur masin kalau suka.
Bundo punya bubur tu bundo tabur macam-macam sebab ada lebihan inti sushi hehe..


ibundo

5 comments:

  1. as salam & selamat pg ibundo... selera tgk bubur lambok bundo tu :D

    ReplyDelete
  2. nampak sodap...

    sey ni tak ponah makan bubur lambuk ni kak... huhu..

    ReplyDelete
  3. emmm...sedapnyer bubur lambuk ni ibundo

    ReplyDelete
  4. fiza,
    salam dan selamat menjalankan ibadah puasa.

    azz,
    sonang yo

    ida,
    boleh tahan lah hehe

    gee,
    ooopss..

    ReplyDelete