Bahan:
5 biji telur
1/4 cawan susu segar
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk dan pukul sebentar.
Inti:
5 batang sosej ayam atau daging. Potong nipis.
1/2 capsicum hijau potong dadu
1/2 capsicum merah potong dadu
1 biji bawang merah didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 biji tomato didadu
1 batang celery dihiris
3 sudu kacang peas
minyak zaitun untuk menumis (minyak lain pun boleh)
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila naik bau masukkan sosej. Kacau sebentar dan masukkan bahan lain kecuali tomato. Bila hampir masak masukkan tomato dan padamkan api. Ketepikan.
Panaskan minyak atau sedikit butter. Bila panas, masukkan telur. Masukkan pula bahan inti. Kacau perlahan-lahan sehingga telur kering dan agak garing. Siap.
kakpah
assalam kakpah..dah jumpo dapo kak pah dah..tadi nampak asap yo..he he.
ReplyDeleteooo baru Cm tahu kat sini dapur kakpah
ReplyDeleteerna,
ReplyDeletehaha.. dalam rumah kakpah pun ekau buleh sosek yo.
cikmanggis,
dapur kita tak secantik dapur awak hehe..