Lapisan bawah:
Agar-agar serbuk satu peket (100 gm)
(Pastikan beli yang ada logo halal jakim)
Susu segar perisa strawberi 1 liter (1 kotak besar tu)
Air 2 liter
Gula 1 cawan.
Strawberi beberapa biji ikut suka
Blender strawberi dengan sedikit air (ambil sedikit daripada 2 liter air itu). Masukkan ke dalam periuk bersama bahan yang lain. Masak sehingga agar-agar dan gula larut. Matikan api. Apabila agak suam, masukkan ke dalam bekas.
Lapisan atas:
1 liter susu segar
100 gm coklat masakan
2 sudu besar agar-agar serbuk
Masukkan semua ke dalam periuk dan biarkan larut. Matikan api bila dah masak. Letak atas lapisan strawberi yang dah keras tu. Jangan lupa cakar sikit lapisan bawah tu dengan garpu.
Anak-anak ibundo jangan tau nak makan je. Sesekali rengankan tangan tu.
ibundo
hahaha..mokaseh lah kakpah..sonang tul nak bagi komen dah ni..
ReplyDeletewah makin laju post entri masak2..post banyak2 kakpah..
resepi ni se angkut..nak buek nanti..hihi
nim,
ReplyDeletedulu tiap kali masak maleh nak ambek gamba. skang ni.. masak yo, ambek gamba haha..