Monday, June 27, 2011

lempeng mi segera

Mi segera ni makanan yang tak berapa bagus dimakan tetapi kita tetap nak makan. Apa lagi anak-anak. Asal lapar cari megi. Sebab megi memang senang dimasak sedap dimakan. Tapi tak boleh diamalkan sangat makan mi segera ni. Sekali sekala untuk menghilangkan gian bolehlah.


 Pagi semalam selepas sarapan bundo  buat lempeng megi. Buat ni untuk sesiapa yang nak mengulang sarapan. Siap melempeng satu, bundo letak atas piring.  Siap satu lagu bundo letak atas yang dah siap tadi. Sehinggalah dia jadi tinggi macam yang dalam gambar tu.  Kirin tanya bila boleh makan.  Bundo cakap tunggu sampai siap ambil gambar hehe..

2 bungkus mee perisa kari
4 biji telur
beberapa ekor udang
1/2 biji bawang besar didadu kecil.
1 biji tomato didadu kecil
sedikit capsicum merah dan hijau didadu
sedikit daun sup dan daun bawang dihiris nipis


1. Mee direbus, ditoskan airnya dan dikerat-kerat pendek.
2. Udang dibuang kulit dan dipotong kecil
3. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk berserta dengan dua bungkus perasa mee megi.
4. Goreng di dalam minyak panas dengan api sederhana besar.

Bundo cicah dengan sos cili api agromas.  Kalau tak ada cicah dengan sos cili apa pun boleh.




Sekian.

ibundo

7 comments:

  1. waa..boleh cubo ni kak pah..anak2 jarang dapek meraso megi ni..

    ReplyDelete
  2. salam Kak Pah...
    aduh lapor tgk lempeng mee segera nih..anak2 pasti suka :P

    ReplyDelete
  3. erna,
    tak leh makan megi bebanyak. nanti gugur rambut hehe..

    mama hawa,
    budak2 ni kalau tak dikawal memang kesukaan dorang makan megi..

    ReplyDelete
  4. Kak pah...sedapnya...cicah ngan cili sos kan...

    ReplyDelete
  5. ni kalau letak fishcake ke fishball pun sedap..yg penting makan panas2 :)

    ReplyDelete
  6. norlie,
    hehe.. kegemaran bebudak ni

    noor,
    haah.. tapi ngap gitu je pun sedap gak.

    cahya indah,
    dan makan berebut2... lagilah sedap..

    ReplyDelete