Sup ini rasanya ala-ala mushroom soup yang kat kedai tu. Sedap dimakan dengan roti biasa atau roti garllic atau apa-apa roti pun. Hirup macam tu pun sedap.
Hidangan untuk dua ata tiga orang:
Sekeping dada ayam.
3 cawan air (boleh tambah air kalau tak cukup)
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
10 biji cendawan butang (lebih pun tak apa )
1 kelopak besar brocolli
1/2 biji bawang besar didadu kecil
1 cube stok ayam
1. Ayam didadu kasar dan direbus dengan tiga cawan air. Masukkan cendawan dan brocolli. Bila masak, padamkan api dan tapis. Ketepikan.
2. Panaskan butter. Masukkan tepung dan kacau sentiasa. Bila berbuih, masukkan air ayam tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau sentiasa supaya tidak berketul.
3. Masukkan bawang, cube stok ayam, ayam, cendawan dan brocolli yang ditapis tadi.
4. Bila kuah agak pekat, padamkan api. Biarkan seketika.
5. Bila agak suam, masukkan kesemua ke dalam blender dan kisar halus.
6. Masukkan kembali ke dalam kuali dan panaskan sehingga sampai kepada kepekatan yang diingini. Sekiranya terlalu pekat, boleh ditambah air.
Rasakan masinnya.
Boleh juga dibubuh sedikit daun parsley.
ibundo
wah... ini resepi soup yang dah 10 kali saya buat... ;p
ReplyDeletebest!!!
beli yang paket, banyak perasa. ooo ibundo tu kak pah,,alamak terlupa plak cik ina. harus dicilok resepi ni.
ReplyDeletemaria,
ReplyDeleteanak2 mesti suka
cik ina,
betul..betul..