Salam.
Tangan mak aku sejuk. Macam tulah orang cakap bila tanam semua menjadi.
Tanam cili buahnya sampai orang datang beli. Makan sendiri tak habis. Jual tak cukup.
Tanam terung telunjuk buahnya berjuntai-juntai. Sampaikan melambak-lambak atas tanah sebab tak terlarat nak makan terung selalu.
Tanamlah apa saja. Mesti tak menghampakan.
Begitulah.
Tak seperti tangan aku.
Tanam cili tumbuh ranting.
Tanam bende buahnya mengerekot macam tak cukup bitamin.
Tanam tomato jangankan nak berbuah, hidup pun tidak.
Mereka kata tangan aku panas.
Entah iya entah tidak. Di mana kebenarannya tidaklah aku pasti. Tapi kalau mengikut logik aku, tanah tempat aku tanam semua tu macam tak cukup baja.
Mak aku dulu selalu masak terung telunjuk ( ada orang panggil terung melayu) goreng cili api campur ikan bilis. Berpinggan-pinggan nasi aku makan. Mungkin sebab dari kecil selalu makan terung, ia menjadi sayur kegemaran aku. Tak kiralah terung apa.
Resepi terung bilis goreng pedas ni senang saja.
Bahan:
4 biji terung panjang dibelah dua dan potong
2 genggam ikan bilis dibersihkan, rendam dan tumbuk kasar
8 biji bawang kecil ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
20 biji cili api di tumbuk atau diblender
4 biji cili api di potong dua
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk stok ikan bilis
garam secukupnya
1. Bilis digoreng garing. Ketepikan.
2. Terung digoreng sehingga masak. Ketepikan.
3. Kurangkan minyak dikuali. Tumis bahan tumbuk hingga masak dan wangi.
4. Masukkan cili api. Goreng garing.
5. Tambah garam, stok ikan bilis dan cuka.
6. Sebelum padamkan api, masukkan terung dan ikan bilis goreng.
7. Padam api segera untuk pastikan ikan bilis kekal rangup.
Bagi mereka yang tidak gemar makan terung, mereka adalah orang yang rugi ahakss..
Sekian.
ibundo
yay buleh geng. sey pun ghoma torung. tadi baru boli torung bulat utk kari, terung panjang pepel utk goreng cili api, terung telunjuk utk gulai tempoyak. 3 jenis terusss!!!
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletememang sedap makan terung..saya paling suka makan sambal terung
Kak pah..bilo sobut goreng boh cili api..terus terliur ni kak pah
ReplyDeletetijah, samolah kito
ReplyDeleteBbwana, salam. taruang balado sukar nak miss
erna, osah sodap e na.
bundo,
ReplyDeletesaya baru last year jer belajar makan terung nih...bermula denagn terung berlado ...sedap!
nanti nak cuba yang ada bilis resepu bundo pulak.
thanks :)
p/s: saya dah cuba resepi gulai ayam minang resepi cousin bundo. alhamdulillah kena dgn tekak saya. terima kasih bundo .
Sey pun suko gak makan torung ni.. Tapi kok masak tu jangan la lombik bona, kombang tokak dibuek ehh.. hehe..
ReplyDeleteSey kok tanam sayur2 ni pun tak maun deh hidup dohh kak.. Kok tanam pokok bungo, elok lak deh... Tak kan la nak goreng pokok bungo, yo tak.. haha...
Sedapnya terung.... saya suka!! saya suka...!!
ReplyDeleteAssalamualaikum Bundo,
ReplyDeleteKut Sham.. ghatah jo ni.. sepinggan sorang pun buleh abih.
Selamat aghi ghayo korban Bundo.
P/s; Sini.. sakan laei ghayo..
Betul tu bundo, rugi tak makan terong. Zana selalu juga masak mcm ni tapi tak guna cuka. Lps ni boleh cuba style bundo.
ReplyDeleteoh ye, zana copypaste resipi Banana bluberi cake ye.
enak sekali kelihatannya....terimakasih Kami tunggu Lawatan baliknya di maklumat kesihatan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik dan Obat Asam Urat info -> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G
ReplyDelete