Hari-hari panas berdenting. Kalau tengah masak di dapur mesti lencun bermandi peluh. Nasib baiklah siputeri ini, sentiasa berendam dalam air haha..
Abah bundo suka makan pengat. Buatlah apa pun yang berasaskan santan bergula dan boleh dihirup-hirup, pasti dia suka. Bundo pun suka jugak cuma adakalanya tak suka nak masak aje sebab lebih senang beli. Mood lah kan, mood. Kadang-kadang rajin banyak kadangnya malas.
Dari mana asal usulnya nama ni taklah bundo tahu. Dah dari dulu namanya puteri mandi, kita katalah puteri mandi. Tapi bundo nak rename jadi puteri bersiram. Maka bersiramlah puteri-puteri itu.
Dalam bulan ramadhan semasa kecik dulu, emak selalu buat buat pengat ni untuk berbuka. Dalam sebulan berpuasa tu banyak kali jugaklah emak buat. Takde siapa yang menyaound kata muak. Tapi dulu kalau nak buat kuih kena kisar beras dulu. Teka siapa yang jadi mangsa untuk mengisar beras ni. Tak lain tak bukan, bundolah. Berlengas ketiak musing pengisar.
Emak dulu selalu campur dengan kelapa muda. Kelapa muda yang agak-agak dah sedikit keras isinya (tapi masih lembut) dikeruk dengan sudu. Bila pengat hampir sampai tahap nak kena matikan api, kelapa keruk itu dimasukkan ke dalamnya. Foohh.. sedap lemak-lemak manis isi kelapa tu.
Bahan:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
warna merah, hijau atau apa saja
santan dari 1 biji kelapa
gula pasir secukupnya
sedikit garam
sehelai daun pandan
1/4 cawan sagu direndam sehingga kembang
Gaul tepung bersama air. Bubuh air sedikit sedikit sehingga mendapat konsistensi yang sesuai. Ia mestilah lebih lembut daripada doh buah melaka.
Bahagikan doh kepada dua atau tiga bahagian dan warnakan mengikut warna yang dipilih.
Bulatkan kecil dan leperkan sedikit di bahagian tengah.
Didihkan air dan masukkan ke dalam air mendidih sehingga ia terapung.
Angkat dan masukkan ke dalam besen yang berisi air sejuk (bukan ais).
Masak santan bersama gula secukupnya, garam dan daun pandan. Apabila mendidih, masukkan sagu. Bila sagu sudah kembang, masukkanlah pula puteri puteri tadi.
Okay.. dah siap satu menu untuk berbuka puasa bulan ramadhan nanti insyaallah.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
ibundo
suka sekali puteri ni mandi heee..
ReplyDeleteKY pun suka
Ahai...nak tumpang berendam...
ReplyDeleteky kita pun suka berendam panas2 ni
ReplyDeleteGee, jumpa gee dalam saji. Tahniah..
assalam kak pah..tambah sikit gulo enau..mak aiii..sodap bona tu
ReplyDeleteapa khabar bundo...sedapnya tengok puteri mandi nie..kita suka tambah gula merah....
ReplyDeleteGitu ceritanya pasal puteri bersiram ni ye Bundo... tak apolah berpeluh2 sampai berlengas ketiak pun kira sihat tu..
ReplyDeleteAs salam bundo kalau tengok kuih ni selalunya masak masa bulan puasa jer
ReplyDeleteerna, gulau anau ori dah takdo. Kadang2 goma buek santan putih yo. macam mandi dalam air susu hihi..
ReplyDeletehanim, kabar baik. norhanim apa kabar. lama kita tak menyapa.
amie, tu cerita orang dulu dimana kemudahan tak banyak macam sekarang
azmatun, salam. dalam bulan puasa memang ternanti nanti.