Assalamualaikum. Alhamdulillah berjumpa lagi dengan izinNYA. Semuga semuanya baik-baik dan sehat-sehat. Bundo.. kaki masih sengal-sengal dan penat-penat sebab bersukan dengan anak-anak kindy ahad lepas. Habis satu main event. Yang menunggu berderet-deret lagi...
Bundo ni tak habis-habis dengan labu. Bukan apa, kebetulan beli labu haritu kemainlah besar. Guna sikit sikit dan nak bagi habis semua tu bukan mainlah juga lamanya. Ni kebetulan gula ada, bundo buatlah onde-onde. Orang kampung bundo panggil kue ni kue kelopung. Gulanya gula anau. Lagi sedap kalau dapat gula anau yang original. Yang tak campur dengan gula pasir. Tapi sekarang ni kalau beli kat kedai dah gerenti tak dapat yang ori lagi dah. Gulanya dah tak ada rasa lemak lemak. Manis mendaghat je.
Kue ni pun dah ramai yang buat. Kalau tak payah ikut sukatan sangat pun takde apa salahnya. kita agak-agaklah asalkan tepungnya lebih banyak daripada labu. Kalau tak nanti jadi bubur dalam periuk tu.
Tapi kalau tak berapa pasti, gunakan je lah sukatan ni.
1 cawan labu yang telah dilenyek
2 cawan tepung beras pulut
Air secukupnya untuk menggaul
Bahan lain yang perlu ada:
kelapa parut yang dikukus dan dicampur dengan sedikit garam
gula anau/kabung yang dipotong-potong cube kecil
Tepung dan labu digaul sebati dengan sedikit air supaya dapat satu doh yang mantop, tidak lembik dan tidak keras.
Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan buat lubang kecil ditengahnya. Masukkan gula. Tutup doh dan bulat-bulatkan supaya gula elok cantik duduk kat dalam.
Panaskan air (air ni panaskan dulu sebelum gentel tepung tu), masukkan tepung yang telah diisi gula dan digentel bulat bulat tadi. Tunggu sampai dia timbul ke permukaan air. Keluarkan dan golek-golekkan atas kelapa.
Sekian. Jom makan kelopung dengan air kupi socawan....
ibundo
assalamualaikum bundo..sedapnye bila gula tu meletup dalam mulut dgn rasa lemak manis nya labu..hahaha tp hati2 panas kan..
ReplyDeleteSaya suka kuih ni apatah lagi ada labu.
ReplyDeleteMabeles...mabeles...
ReplyDeletelamo tak wek kolopong...selalu wek taim poso yo tonpi tak ponah lah wek yang ado labu nih..takut tak bomakan..yolah anak den bukan suko adventure ni...:)
ReplyDeleteperghhh... cantiknya gambar. rasa macam nak makan je... ini macam buah melaka ye kak...tapi dah modified dengan labu
ReplyDeleteAduhai....dah lamo tak dongar orang sobut kelopung nie bundo.. Orang lain sibuk onde2 yo...bila sobut kelopung nie, raso cam nak buko poso di bulan Ramadhan lak feel eh tu.
ReplyDeleteAssalamualaikum Bundo,
ReplyDeleteAlahai best ehhh..
Sham gomar kalau makan kuih kelopong ni.. pocah dalam mulut.. melotop.. lopeh tu kan.. meleleh la pulak air gulo melako tu.
Umang aiii.. osah ehh.. osah best ehh..
P/s;
Kok dokek ni..
Assalamualaikum Bundo...
ReplyDeletebanyak khasiat labu... kalau tangan Amie kreatif macam tangan Bundo tentu anak-anak tertarik nak makan hidangan berasaskan labu. Kuih kelopong ni belah suami sebut kelepon... ada persamaan pulak dengan Melayu Cocos...
Kita pun dah berkira2 gak nak buat onde2 labu ni kak, tapi jap lg teringin buat kuih lain pulak...tunggu je la baki labu tu akan jd apa nanti kan...
ReplyDeletesedap onde2 labu tu...pasni kita nak buat onde2 tepung pulut hitam...
ReplyDeleteAslmkum Bundo
ReplyDeletesedap onde2 labu...tak kenyal sgt...kalau labu mcm2 boleh buat.
salam semua. Alahai.. tak sempat bundo nak balas komen dan membalas lawatan. Tak tekoja den. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan pada bundo..
ReplyDeleteselamat mengundi.
lom penah lg try onde2 labu..nmpk sgt sedap tu..gmbo pon cantik
ReplyDelete