Rumah kampung kami yang lama bertiang tinggi. Cukup tinggi untuk bundo yang ketika itu berumur 6 tahun berlari ke sana sini di bawah rumah. Budak kampung yang tidak faham akan erti kebersihan bersahaja saja memijak tanah kotor berkaki ayam mencari-cari entah apa di situ. Memang patut pun pusat selalu gatal dan bengkak dihuni hama. Emak akan mencungkil-cungkil dengan kapas menggunakan minyak kelapa untuk mengeluarkan hama sebesar mata jarum peniti itu.
Di satu sudut di bawah rumah itu terdapat satu tin minyak besar yang telah dibelah dua dan di atasnya diletak beberapa helai kain buruk. Di situlah tempat ayam betina bertelur dan mengeram. Bundo akan mengintai-intai ke dalam bekas itu setiap kali ibu ayam 'berketok-ketok' menandakan dia baru saja bertelur. Sekiranya ibu ayam berdegil tidak mahu nyah dari situ bundo akan memasukkan tangan bundo dibawah badan ayam sehinggalah bundo dapat meraba telur ayam yang masih hangat.
Bundo akan mengambil sebiji, memecahkan hujungnya dan menyedut terus telur itu dari lubang kecil yang bundo buat. Tidak tahu kenapa bundo begitu suka makan telur mentah yang baru saju keluar dari perut ayam. Ketika bundo mula membuat 'aktiviti' sedemikian umur bundo 4 atau 5 tahun. Begitulah menurut cerita mak dan abah. Dan ia berlarutan sehinggalah pada satu hari bundo tersalah mengambil telur. Bundo terambil telur tembelang yang baunya merahang sebaik saja mencecah anak tekak. Selepas itu bundo jadi jeran dan terus berhenti.
Telur memang menjadi kegemaran anak-anak bundo. Ada yang suka makan telur putih sahaja. Ada yang suka makan yang putih dan yang kuning. Bundo kalau diberi pilihan, suka makan telur kuning walaupun dikatakan telur kuning mempunyai kolesterol yang banyak.
Kalau makan telur mata kerbau kami suka makan telur yang kuningnya masih cair. Perangai bundo kalau makan telur goreng seperti ini, bundo akan makan yang putih dahulu sehingga habis dan tinggalkan yang kuning sahaja. Kemudian dengan penuh nikmat bundo akan memasukkan yang kuning yang masih belum pecah ke dalam mulut dan 'pop!' memecahkannya di dalam mulut dan telur kuning mencair memenuhi ruang mulut. Bundo akan kata mmmmm... sambil lelap-lelap mata.
Anihnya, ada anak yang mengikut. Kalau mahu tahu nikmatnya, cubalah.
Resepi hari ini:
6 biji telur direbus keras dan dikupas kulitnya
Beberapa pelepah kubis dipotong sederhana besar
1 bungkus kecil rempah kurma
200 gm santan siap
1 cawan air
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
beberapa hiris halia
2 biji cili merah dihiris kasar
1 biji cili hijau dihiris kasar.
1 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar serbuk ikan bilis
1 sudu kecil jus limau nipis
garam secukupnya
Panaskan sedikit minyak. Tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Apabila rempah masak dan naik bau, masukkan santan dan air.
Bila mendidih, masukkan pula kubis dan telur. Kemudian masukkan jus limau nipis, garam dan serbuk ikan bilis.
Tambah cili dan bawang goreng sebelum matikan api.
Sekian.
ibundo
Assalam Bundo.. saya mmg suka sgt lauk kurma. Kurma telur pun best..
ReplyDeleteshiela..kdg2 tak tau nk masak apa.
ReplyDeletebundo ni masak apa pun sedapppp...
ReplyDeleteassalam bundo
ReplyDeletehe heee seronok baca cerita bundo ni memang teringat zaman sy kanak2 jg biasa kan anak kampung gitulah xtvt harian kita tp memang bestt sukar nk gambarka dgn zaman kini. kalaulah blh tonton semula
bawah rumah memang tmpt kita mainlah kan hihikk
oppps telur memang feberet asben sy tu, sy suker yg tidak terlalu cair kuningnya tu pak kita dulu suker makn letak kicap sblm pergi bukit apalgi kita pun tumpanglah sikit
Nakal rupanya Bundo kecik2 dulu yer... hehehe
ReplyDeleteOlahan kisah lama Bundo cukup mengesankan... tak payah melihat, cukup sudah minda bermaginasi membayangkan apa yang Bundo catatkan! Teringat cerpen & novel tulisan Baharudin Kahar (kalau tak silap nama.
ReplyDeleteTerlupa dank komen menu telurnya tu.... hmmmmmm... sodap!
As salam Bundo...tersenyum sorang sorang bila membaca catatan bundo hehe. Apapaun telur memang di rumah mesti ada stok jika tidak habis laaa. Kurma telur nampak simple tapi sedap.
ReplyDeletemarsita,
ReplyDeletehaha kalau dah lapar semua sedap.
mama sara,
kenangan lama ni sukar nak dilupakan. Dulu dengan sekarang banyak benar bezanya.
gee,
biasalah budak2 ni nakal hehe
amie,
ada kenngan lama yang msih segar dalam ingatan
noor
rumah bundo ni stok telur mesti sentiasa ada..
Heheee seronok baca cita ibundo kecik2 . Tringat jg zaman sue kecik2 di kg. Ayam dbwh rmh. . So nostalgia. He3.
ReplyDelete