Wednesday, February 20, 2013

Honey, banana and pecan cupcakes

Semasa muda emak menghadiri kelas WI dimana emak belajar menjahit dan memasak.  Itu cerita emak.  Bundo masih kecil ketika itu. Apa dia WI pun bundo tidaklah tahu. Yang bundo tahu bundo teramat kagum dengan kepandaian emak menjahit dan memasak.

Emak pandai menjahit kerawang. Nyonya baba yang tinggal di rumah kedai di pekan kecil kampung bundo itu selalu menempah baju kebaya bersulam. Bundo cukup terpesona melihat cantiknya jahitan emak. Ketika menjahit, emak menggoyangkan tangannya ke kiri ke kanan ke depan ke belakang untuk menyulam lakaran bunga dan daun. Masa itu tidak ada mesin jahit letrik. Mesin jahit emak adalah mesen jahit besi hitam yang digoyang-goyang kakinya untuk membuatkan jarum naik dan turun.

Emak pandai memasak.  Emak pandai masak lauk.  Dan emak juga pandai masak kuih, biskut dan kek.  Selain kuih tradisional, emak masak biskut raya.  Bundo panggil biskut raya sebab emak hanya beriya-iya membakar biskut ketika raya hampir menjelang. Kek emak sedap. Tapi kek emak tidaklah seperti yang ada sekarang.  Simpel saja. Kek yang paling bundo suka ialah kek sarang lebah. Panggil sarang lebah sebab kek itu bersarang-sarang macam sarang lebah.

Kepandaian emak memasak biskut dan kek tidak menurun kepada bundo. Bundo cuma suka tengok dan suka makan. Keinginan untuk membuat jauh sekali. Malah keinginan itu datang hanya beberapa tahun kebelakangan ini.  Sebelum sebelumnya sekiranya bundo atau ahli keluarga mahu makan kek, bundo akan beli saja. Kemalasan itu melanda mungkin sebab kerap sangat gagal membuat kek yang sedap. Pernah beberapa kali bundo membuat cupcake yang ditong-sampahkan saja.

Kemudian timbul kesedaran untuk meningkatkan ilmu. Bila ilmu meningkat, secara otomatis minat juga meningkat.




Resepi cupcake ini bundo dapat dari sebuah buku resepi.  Bundo kongsikan di sini.
Bagi sesiapa yang sukakan kek yang berderap-derap bila dimakan, mungkin suka akan kek ini.

1/3 cawan unsalted butter
1 cawan honey ( lebihkan untuk dituang ke atas kek bila makan)
2 cawan self raising flour
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan carrot yang diparut kasar
1 biji pisang masak, hancurkan
1/2 cawan kacang pecan, dipanggang sebentar dan dicincang (tambah sedikit untuk taburan)
2 biji telur dipukul sederhana





Cairkan butter dan honey dalam kuali leper.  Sejukkan.
Ayak tepung dan serbuk kayu manis di dalam bekas.
Masukkan carrot , pisang, pecan, telur dan campuran butter dan honey.
Gaul rata (menggunakan spatula sahaja)
Masukkan ke dalam bekas cupcake. Taburkan sedikit kacang pecan.
Bakar 150 c selama 15 minit atau sehingga masak.




Jom pekena dengan kopi.....

ibundo

8 comments:

  1. Kak, kacang pecan tu kalau dalam bahaso kito kacang apo ehhh..? Ado namo lain tak untuk kacang pecan tu..? Tak dapek nak imejin ghoman ehh..

    ReplyDelete
  2. azz,
    ontah apo namo molayu e. Ghoman e, ekau tanyo pakcik gugel

    adda,
    sedap bagi yang suka kek yaang kena kunyah-kunyah.

    ReplyDelete
  3. salam bundo...nampak sedap nya dessert ni...dah lama tak wat dessert...teringin lak pulok.

    ReplyDelete
  4. Samalah dgn emak gee... smpai sekarang menjahit lagi tp gee dh belikn mesin letrik... bab buat kuih & biskut emak mmg pro dan paling dia suka buat bangkit santan... ramai jiran tetangga menempah... apapon air tgn ibu mmg kaw kan Bundo...?

    ReplyDelete
  5. menjahit dan memasak ni mesti ada minat kan kak..klu tak,mmg tak menjadi..sy dulu pun ala kadar je bab masak2 lauk pauk,tapi buat kek, biskut dan menjahit mmg minat sejak.kian bertambah minat tu 4 tahun kebelakangan ni..
    lain dr yg lain cup cakes ni,ada curahan honey..

    ReplyDelete
  6. salam ibundo..
    wah.. so tempting.. yummy..

    ReplyDelete
  7. marsita,
    buek yo lah..

    gee,
    mother is always the best..

    rohah,
    bundo dulu menjahit gak sebab minat tapi sebab banyak sangat kerja lain nak buat, tinggal begitu saja. Minat masak ni pun tahun2 kebelakangan ni je.

    may agumo,
    salam jugak..

    ReplyDelete