Tuesday, December 25, 2012

Apam balik

Salam. Lama tidak menyinggah ke sini dan lama juga tidak menyinggah ke sana sini. Sehat?
Bundo, alhamdulillah. Cuma kekangan masa membuatkan bundo tidak berkesempatan untuk menambah koleksi resepi kerap seperti dulu.

Apam balik adalah antara kue kegemaran abah bundo. Bundo tak berapa pandai buat apam balik tapi bila dah jumpa resepi, bundo cuba jugalah. Hasilnya, boolehlah tahan walau tidak sesedap yang dijual di kedai. Yang bundo buat ni teksturnya lembut saja, tidak rangup.

Bundo kongsikan resepinya di sini.



Sumber:  Norzailina Nordin. (Belajar memasak langkah demi langkah)

Bahan:
150 gm tepung gandum
1 sudu teh yis segera
35 gm gula castor
20 ml air suam
2 biji telur
50 ml minyak masak
1/2 sudu teh soda penaik
1/2 sudu teh air
garam secukupnya

Bahan tabur:
100 gm kacang goreng
50 gm gula kasar
100 gm jagung berkrim

1. Campurkan gula castor, garam dan tepung gandum.
2. Masukkan yis dan kacau rata
3. Tuangkan telur dan minyak masak. Gaul sebati.
4. Tambah air dan pukul sebentar.
5. Satukan soda penaik dan air. Tuang ke dalam adunan dan kacau lagi  sehingga sebati.
6. Tutup adunan dan biarkan selama 1/2 jam.  Kacau bila mahu digunakan.
7. Panaskan kuali leper. Lenser dengan sedikit minyak.  Ambil sesenduk adunan dan ratakan di dalam kuali.
8. Bakar atas api perlahan sehingga berlubang-lubang.  Taburkan gula pasir, kacang tanah yang telah ditumbuk kasar dan jagung berkrim.
9. Bila masak, lipat dua dan angkat.



Sekian.
Bundo ucapkan selamat bercuti dan juga selamat menyambut tahun baru 2013 yang akan menjelang tiba beberapa hari saja lagi.

Ibundo


19 comments:

  1. Alahai Bundo dh balik bawak apam balik yer... salam rindu Bundo

    ReplyDelete
  2. alahai Bundo nmpak sangat mengancam apam balik tu rasa nya macam tak mau balik je nak tunggu kat sini selagi belum dpt apam tak mau balik heeee sedap tu i likeeeeee

    ReplyDelete
  3. Laskar pelangi. Panas panas sedap. Sejuk pun sedap sebab lembut.

    Gee. Rindoo u too

    Nor, kalo camtu tak payah balik lah haha

    ReplyDelete
  4. Anak punya akaun lupa nak log out

    ReplyDelete
  5. Sedapnya bunda.selalu beli aje apam balik kat pasar malam.

    ReplyDelete
  6. salam bundo, pagi tadi nampak dah tapi tak sempat masuk...memang malatop...leleh air lior..

    ReplyDelete
  7. alahai cedapnye apam balik... neway Bundo, sy ada beli takoyaki pan, tp jgn bgtau org laen ye...huhuuhuhu...

    harga pan murah aje tp kalo pos japan ni mmg mahal juga sebab berat mcm acuan baulu....

    ReplyDelete
  8. Meleleh-leleh jagung krimnya tu Bundo... tu yang tahan nak tengok lama-lama!

    ReplyDelete
  9. assalam bundo.. bestnyer homemade apam balik.. saya lama dah tanam cita cita nak membuatnya tapi tak gak jadi jadi.. Peberet saya dari kecik lagi ni bundo.

    ReplyDelete
  10. norzie,
    tulah pasal. selalu beli je.. sesekali buat pulak.

    marsita,
    agaknya kalau taruk cheese camana rasanya ek.

    ReplyDelete
  11. fnf, fuyoo cayalah.. postage mahal pun takper. bagitau je berapa.

    mie,
    jangan tenung2 sangat haha..

    shiela,
    ni pun dah lama berangan tak jadik jadik. Entah apa mimpi 'terbuat' jugak akhirnya.

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaaaa...zana suka sgt apam balik. Hari tu beli kat Kelantan, tak sedap pulak. Bila sejok dia liat. Nanti zana nak resipi ni...selalu buat ikut dlm myresipi tu, ok jugak. Buat sendiri lagi puas hati kan Bundo?

    ReplyDelete
  13. panas2 ni pasti terangkat, suka yg kacang n jagung banyak...power rasanya..

    ReplyDelete
  14. Salam kak pah..jumpa kakpah ni cam dlm cerita Korea.Hero n heroin selisih kt lift.KakPah masih seperti dulu.Masa kt Stf hehe....Cm masih cam wpun puluhan tahun dulu

    ReplyDelete
  15. sodap ehh tengok jagung tu meleleh.. makin meleleh air liur ni haa.. huhuhu...

    ReplyDelete
  16. Aslmkum Bundo.
    dtg jamu mata dg apam balik....sedappp tambah jagung lebih...

    ReplyDelete