Salam. Lama tidak menyinggah ke sini dan lama juga tidak menyinggah ke sana sini. Sehat?
Bundo, alhamdulillah. Cuma kekangan masa membuatkan bundo tidak berkesempatan untuk menambah koleksi resepi kerap seperti dulu.
Apam balik adalah antara kue kegemaran abah bundo. Bundo tak berapa pandai buat apam balik tapi bila dah jumpa resepi, bundo cuba jugalah. Hasilnya, boolehlah tahan walau tidak sesedap yang dijual di kedai. Yang bundo buat ni teksturnya lembut saja, tidak rangup.
Bundo kongsikan resepinya di sini.
Sumber: Norzailina Nordin. (Belajar memasak langkah demi langkah)
Bahan:
150 gm tepung gandum
1 sudu teh yis segera
35 gm gula castor
20 ml air suam
2 biji telur
50 ml minyak masak
1/2 sudu teh soda penaik
1/2 sudu teh air
garam secukupnya
Bahan tabur:
100 gm kacang goreng
50 gm gula kasar
100 gm jagung berkrim
1. Campurkan gula castor, garam dan tepung gandum.
2. Masukkan yis dan kacau rata
3. Tuangkan telur dan minyak masak. Gaul sebati.
4. Tambah air dan pukul sebentar.
5. Satukan soda penaik dan air. Tuang ke dalam adunan dan kacau lagi sehingga sebati.
6. Tutup adunan dan biarkan selama 1/2 jam. Kacau bila mahu digunakan.
7. Panaskan kuali leper. Lenser dengan sedikit minyak. Ambil sesenduk adunan dan ratakan di dalam kuali.
8. Bakar atas api perlahan sehingga berlubang-lubang. Taburkan gula pasir, kacang tanah yang telah ditumbuk kasar dan jagung berkrim.
9. Bila masak, lipat dua dan angkat.
Sekian.
Bundo ucapkan selamat bercuti dan juga selamat menyambut tahun baru 2013 yang akan menjelang tiba beberapa hari saja lagi.
Ibundo
Tuesday, December 25, 2012
Tuesday, December 4, 2012
Ayam pautan kasih
Masih terpengaruh dengan masterchef. Sebab tu buatkan hidangan untuk hasben yang agak special ala-ala persembahan untuk juri. Gempak gitu kan..
Pendek saja n3 bundo harini. Seperti selalu jugak. Pendek. Tak ada benda yang nak dicelotehkan selain daripada keluhan biasa: bizi dan bizi. Argh!!
Bahan:
ayam
1 ketul dada ayam
1/2 sudu lada hitam ajishio
minyak zaitun xtra virgin
secubit garam
2 batang jejari ketam dibelah tiga memanjang
5 tangkai bayam diambil daunnya
1 sudu kecil serbuk stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
kentang
2 biji kentang kecil atau 6 biji baby potato
secubit garam
sedikit lada hitam
1 sudu kecil parsley kering
sayur
3 helai kubis panjang
2 batang kacang panjang
1/2 biji tomato dibuang biji dan dadu kasar
1 biji bawang besar didadu kasar
1 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan freshmilk
1 cawan air
garam secukupnya
Cara:
Ayam
1.Dada ayam dibelah dua dan diketuk nipis. Perapkan dengan lada hitam dan garam. Lumurkan dengan minyak zaitun.
2.Daun bayam direbus lembut bersama sedikit air, garam dan serbuk stok ayam. Blender halus. Masak semula dan masukkan tepung jagung. Masak sehingga pekat. Kalau kurang pekat tambah sedikit lagi tepung jagung. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
3. Ambil ayam, bentang. Sapukan seluruh permukaan dengan pes bayam. Letak jejari ketam disebelah tepi dan gulung kemas. Cucuk dengan lidi atau toothpick.
4. Bakar di atas grill pan dengan api kecil.
Kentang
1. Rebus kentang sehingga 3/4 masak.
2. Toskan. Gaul dengan garam, lada hitam, daun parsley dan sedikit minyak zaitun.
3. Bakar atas grill pin sehingga masak.
Sayur
1. Potong sayur ikut suka.
2. Panaskan butter. Masukkan tepung. Kacau rata supaya tidak berketul. Masukkan bawang putih dan bawang merah.
3. Tambah air dan kacau rata. Tambah susu dan kacau rata.Masuk garam. Masukkan kacang dan bila hampir empuk masukkan pula kubis panjang.
4. Padamkan api dan taburkan tomato.
Hidanglah ikut kreativiti anda.
Sekian.
Kelamkabut bundo buat n3 ni sebab nak kena buat benda lain pulak. Mintak maap sebab bundo tak sempat nak ziarah kengkawan di sana.....
ibundo

Sunday, December 2, 2012
Bubur jagung berdurian
Salam. Pejam celik pejam celik, dah seminggu lebih jugak blog tak berupdate. Sejak maid balik kampung, masa untuk bersantai-santai pun turut terkorban. Masak. Memang masak. Tapi masak, makan, kemas.. sampaikan nak ambil gambar pun takde masa. Nak buek camno?
Masterchef malasysia 2 dah selesai. Puas hati dengan keputusan? Memang dah dijangka pun. Kebolehan azyan nampak menyerlah di minggu-minggu terakhir tapi jauh di sudut hati ini mengharap juga supaya along yang memperolehi kejayaan. Ya.. anak muda yang mencari dana untuk menyambung pelajarannya. Semuga rezki along lebih luas di luar sana.
N3 amie 'bubur jagung durian' memberi bundo idea untuk membuat bubur jagung durian bundo ini pula walaupun resepi bundo ini resepi main belasah saja tak refer pun pada resepi amie. Maap ye amie.
Memang kebetulan jagung ada satu tin. Durian pula ada beberapa biji. Durian kampung yang dibawa anak buah semasa singgah ke rumah tempoh hari.
Biji sagu yang bundo gunakan bewarna hijau. Bukan sengaja nak bubuh yang hijau tapi yang putih tak ada. Tapi bila ada warna hijau dan warna kuning jagung tu, macam ngam lah pulak.
Cakap pasal biji sagu ni, bundo teringat akan Rosemah masterchef masa sesi kenal bahan. Rosemah ni satu kampung dengan bundo. Kalau di kampung tu, nak ke rumah dia jalan kaki sepuluh minit dah sampai. Yang bundo nak cerita ni, semasa tiba turn dia mengenal bahan 'biji sagu' ni, dia sebut biji 'mata ikan'. haha.. memanglah bundo tergelak sakan sebab kalau kat kampung tu sah sah ia nya disebut biji mata ikan.
Okaylah. Resepi campak-campak bundo ni:
1 tin jagung manis adabi (yang berbiji)
Gula pasir ikut suka manis
1 sudu kecil garam
1 cawan santan pekat
Santan cair ikutlah suka nak kuah banyak mana
1/2 cawan sagu hijau direndam dulu
8 ulas durian (kalau durian besar, kurangkanlah)
1 helai daun pandan.
Masak santan, daun pandan yang disimpul dan gula hingga mendidih.
Sagu yang direndam, toskan airnya dalam tapis teh dan jirus sebentar bawah air mengalir.
Masukkan jagung, durian dan garam dalam santan.
Masukkan sagu.
Siap.
Sekian. Cuti panjang-panjang ni tak ada kemana?