Salam.
Dah satu November hari ni. Dua bulan lagi masuk tahun baru. Sungguh cepat masa beredar. Antara sedar dengan tidak umur makin meningkat dan muda makin meninggalkan kita.
Dua tiga hari ini bundo rasa kurang sihat. Nak kata demam, tak. Tapi anggota rasa lesu tak bermaya. Selera makan pun kurang. Lauk yang dihidang di meja makan cuma ditenung saja. Tekak nak makan tapi tak tau apa yang nak dimakan.
Namun begitu, sempat juga membuat puding roti cocktail bakar.
Semasa bundo potong potong puding roti tersebut setelah masak dan sejuk, bundo pikir mesti tak habis makan sebab dapat satu pinggan besar penuh melimpah ruah. Nampaknya tekaan bundo itu meleset sebab belum sampai ke senja yang tinggal cuma sosnya saja. Itu pun sikit. Pudingnya dah tak nampak.
Untuk peringatan bundo dan anak-anak, bundo letak resepi di sini.
Bahan:
6 keping roti gardenia
2 biji telur
2 cawan penuh buah-buahan cocktail
200 ml air buahan cocktail
400 ml susu segar / cair
1/2 cawan gula castor
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1. Koyakkan kecil roti gardenia dan masukkan ke dalam mangkuk. Rendam bersama susu cair.
2. Air buah, telur dan gula dimasukkan ke dalam blender. Putar sebentar. Masukkan tepung dan putar lagi sebentar.
3. Masukkan bahan yang telah diblender ke dalam mangkuk berisi roti. Masukkan buah-buahan. Gaul rata.
4. Masukkan ke dalam loyang pembakar dan bakar sehingga masak.
Bahan sos:
1 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar gula
400 ml susu segar
100 ml air
1 sudu kecil esen vanila
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga kuah pekat.
Hidangkan bersama puding roti.
Rasa? Boleh tahan lah.... Tapi anak kata sedap. Siapa lagi nak puji kalau tak anak kan?
ibundo
assalam bundo
ReplyDeleteye kan sedar tak sedar je umur semakin meningkat, yg perasan bila tgk anak2 makin membesar sama tinggi berdiri he he
cuaca gini buat kita rasa lain mcm sy pun nk kata demam tak selsema hidung panas je hu hu
ooppp rasanya terbuka selera kalu ada puding roti bersos gini emmm sedap tu
sedapnya Bundo..time2 hujan ni mmg sedap klau dijamu dgn hidangan yg sbegini..
ReplyDeletegambo dh smakin cantikkk..
enak tuh...
ReplyDeleteassalam kak pah..kak pah ni kalau masak..memang kompom sodap..sobab kak pah cukup pandai mengabadikan gambar2 masakan kak pah tu..memang layak masuk majalah laie ni
ReplyDeleteSalam Ibundo...betul tu lagi dua bulan saja dah ke tahun yang lain...
ReplyDeleteSukanya puding roti gini sedap di makan time petang .
salam ibundo..wah punding roti suka benor saya kalau dapat rasa sepotong..sedapnyaaaaaaaaa
ReplyDeletesalam Bundo, gambo cantikkk rasa konpem sodappp..tapi nak sikit tak leh kot mesti dah elek punya kan kan?
ReplyDeletesalam bundo,pic cantik..mesti sedap nie..dh lama zila x buat la kecurr.
ReplyDeletesalam bundo...cepat sembh ye!..bila tak dek selera, mesti nak cari yg manis2...sedap nampak puding tuh!
ReplyDelete