Isnin cuti. Tak pergi kemana-mana?
Rabu lepas krew satu majalah ni datang ke rumah bundo ambil gambar-gambar laksa yang disuruh buat. Ada 4 jenis laksa semuanya. Walaupun buat-sikit-sikit tapi kalau dah 4 jenis puas jugalah makan sampai ke malam.
Bila ada kuah yang berlebih, tentulah sayang nak buang. Lebihan kuah itu bundo masak sehingga betul-betul kering dan jadilah ia serunding ikan. Untuk elakkan terasa masin, bundo tambah dengan jus dari sebiji lemon. Bibik makan gaul-gaul dengan nasi panas saja. Sedap, katanya.
Bundo tengok seaweed lebihan buat sushi dulu ada lagi dalam lemari. Timbul pula idea untuk buat sushi serunding ikan sebab banyak kali terlihat dalam majalah orang buat sushi serunding.
Oleh kerana nasi khas untuk sushi tak ada, bundo guna nasi biasa saja.
Bahan:
Seaweed
Nasi
Cuka nasi
Serunding ikan
Carrot dipotong mancis halus memanjang
timun jepun dipotong halus memanjang
cili merah dipotong halus memanjang
beberapa keping sayur salad
Tikar penggulung sushi
1. Nasi yang masih panas dilenyek-lenyek dan dicampur dengan beberapa sudu cuka nasi. Sesuaikan dengan rasa yang dikehendaki.
2. Bentang tikar penggulung sushi. Letak sekeping seaweed. Ratakan nasi di atasnya (tinggalkan kosong sedikit di bahagian hujung sebelah depan).
3. Letak serunding memenuhi atas nasi.
4. Letak kepingan salad di bahagian sebelah tepi berdekatan dengan badan. Susun timun, carrot dan cili di atasnya.
5. Gulung padat.
6. Potong mengikut suka.
Boleh juga buat variasi lain.
Sekian.
ibundo
Mmg patut reramai lg magazine ambik gmbor n share resepi bundo, kreatif sokmo...ai like!!!
ReplyDeletewah3x... uniknya... teringin nk buat pastu bg kwn jepun mkn... hehe... tp tahap kerajinan tgh merudum ni...aduhaiiii
ReplyDeleteWowee....
ReplyDeletekreatif lah Bundo suka tengok gambar sushi tu cantik dan menarik walaupun saya sebenar tak suka sngt dgn sushi tapi kalau anak2 memang suka sngt cantik kalau disuruh bagi markah mmg bagi 10/10 haha
ReplyDeletebundo....wah dah galmor la tu.... yang ni pun pun nampak sedap ni.
ReplyDeleteSalam ibundo! Salam hujung minggu :)) sedapnyaaaa! Dulu dah pernah buat roll pulut ni dgn serunding sedap bangetttt ada si nori tuuu campuran jepun sikit :D
ReplyDeleteBanyaknya... sampai 4 jenis laksa bundo kena buat. Takpe... lepas ni bolehlah tengok sama-sama hasil air tangan Bundo itu ye...
ReplyDeleteRajin benar Bundo buat sushi, memang kereatif!
Sushi awak sangat special, great idea!
ReplyDelete