Wednesday, September 5, 2012

Rendang Minang

Sudah beberapa hari bundo tidak masuk ke dapur. Agak bizi juga sejak hari Khamis sebab ada sedara mara datang dari jakarta. Hari Khamis datang 8 orang.  Hari Jumaat datang lagi 4 orang. 12 orang semuanya. Tujuan utama mereka kemari kerana sepupu bundo mengadakan majlis perkahwinan anaknya pada hari Ahad lepas. Begitulah kami.  Kalau ada sedara di sebelah sini yang membuat kenduri kahwin, ada saja yang datang dari jakarta.  Kalau ada anak mereka yang berkahwin, kami pula akan ke sana.

Hari Ahad depan ada seorang lagi sepupu mengadakan majlis perkahwinan anak. Ada di antara  mereka yang sudah pulang kerana urusan pekerjaan tetapi ada lagi 4 orang yang masih menunggu sehingga majlis Ahad depan selesai.

Sebenarnya talian persaudaraan kami agak kuat. Datuk bundo berasal dari tanah minang. Bila datang ke tanah melayu dia berkahwin dengan nenek bundo dan mendapat 7 orang anak termasuk abah bundo. Sedangkan di minang sana datuk bundo juga mempunyai isteri lain dan mempunyai beberapa orang anak. Jadi, abah bundo mempunyai adik beradik lain yang satu bapa.



Pada tahun 1997, bundo ke jakarta mencari sepupu-sepupu bundo yang tinggal di sana berdasarkan surat menyurat yang di hantar oleh bapa saudara bundo iaitu abang kepada abah. Alhamdulillah, jejak kasih itu telah mempertemukan kami dan jalinan pertalian itu kekal sehingga kini dan di harap berterusan sehingga ke anak cucu.
Begitulah ceritanya.




Berbalik kepada rendang minang ini,  setiap kali kemari kak Amismar akan membawa rendang minang.  Abah bundo cukup menggemarinya dan menyuruh bundo belajar membuatnya. Sebelum ini oleh sebab mereka datang untuk jangka waktu yang singkat dan habis dengan menyoping dan muter-muter keliling kl, maka kesempatan untuk menunjukkan secara praktikal tidak berkesempatan. Kak Mis cuma mengajar secara teori saja dan bila bundo praktikkan ia tidak berapa menjadi.

Pagi tadi, oleh kerana masa pun ada, kak Mis menunjukkan cara membuat rendang minang yang betul. Hasilnya... waduh.. sedap banget.

1 kilo daging
4  biji kelapa diambil santan pekat (santan cair diketepikan untuk blender bahan)
2 batang serai dihiris *
4 ulas bawang merah *
3 buku bawang putih *
sebesar ibu jari kaki halia dihiris nipis *
3 kali ganda besar halia, lengkuas dihiris nipis *
8 helai daun limau purut diracik *
1 helai daun kunyit yang agak lebar diracik *
cili api mengikut kepedasan yang dikehendaki *
1 sudu besar lada putih




1. Santan pekat dijerang sehingga agak pekat.
2. Bahan-bahan bertanda * diblender bersama sedikit santan cair dan garam dan digaul dengan daging yang telah dipotong-potong. Perap sebentar.
3. Masukkan daging ke dalam santan dan masak sehingga kering. Rasakan garamnya.

Nota: Apabila kuah pekat dan merecik-recik, ia hendaklah sentiasa di kacau/ aduk supaya tidak melekat.


Selepas rendang siap, bundo keluar mencari lemang.  Rendang ini dimakan dengan lemang, aduhhhh.. tak terkata sedapnya.

Sekian.

ibundo


21 comments:

  1. Alamak bundo, tengok je dah meleleh air lior ni. Mesti sedap...

    ReplyDelete
  2. Salam lebaran ibundooo!!! Maaf salah silap, segala kekurangan, ketidak sengaja an terkasar bahasa, maaf zahir batin, moga hubungan berpanjangan insyaALlah! eeeee..best rendang! tp kita suke rendang basah2 sikit, kalau kering2 ni pun laju ajerr kalau ada lemang kat belakang tu ehehe..dapnya!

    ReplyDelete
  3. tis... tis... tis...
    air liur menitis...
    air mata pun menitis...
    sedapnya... T_T

    ReplyDelete
  4. Salam bundo,

    Sedapnya.... memang sesuai makan dengan lemang atau ketupat daun palas.

    ReplyDelete
  5. melelehh
    saya suka makan rendang ni dgn nasi impit kuah kacang.
    Kuah kacang + rendang = sungguh sedap (bagi saya)

    ReplyDelete
  6. meleleh air liur tgk rendang bundo ni

    ReplyDelete
  7. Nak cuba jugalah bundo. Style lain sikit nie. Daging tu x perlu rebus dulu yer bundo?

    ReplyDelete
  8. Adesss..Meleleh airliur ni bundo..Hik3:)
    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat bundo sekeluarga :)

    ReplyDelete
  9. Bundo...Rahel ada lemang kat sini tapi takde lauk..bole la tumpang mkn lemang n rendang kat rumah bundo yer..hehe..

    ReplyDelete
  10. rendang ngan lemang....
    sedappp tu...

    ReplyDelete
  11. Bundo...nk puji2 dlu...gambo yg sgt cantik...

    rendang n lemang mmg sedap..mmg padan bile dgandingkan bsama...

    ReplyDelete
  12. salam kak dan selamat hari raya ..
    nak tanya ye kak..bawang kocik nya memang sikit jer ker ..bawang putih nya kira satu labu tu ker..
    dan tak pakai kerisik ke kak?
    Sori la kak ,banyak tanyo la pulak...

    ReplyDelete
  13. salam aidilfitri Bundo..mmg enak nampaknya rendang tu..terliur pulak nampak lemang kat belakang tu..ehee

    ReplyDelete
  14. Bundo..terliur tgk rendang tu.. atuk belah abah saya juga berasal dari sana..tiap2 kali merendang, camni le cara kami masak, tak pernah guna minyak utk menumis tapi tunggu santan pekat terbit minyak...cuma kami suka campur hati n paru..sedap!

    ReplyDelete
  15. salam lebaran & maaf zahir batin wat ibundo sekeluarga ye!

    ReplyDelete
  16. aduhh Bundo.... teringin nak makan lemang & rendang...

    ReplyDelete
  17. Salam semua. Tak dapat balas komen tapi bundo terjah dapur korang. Cuma tak leh masuk dapur cikmi dan makngah. Apasal ek?

    ReplyDelete
  18. oh sis rendang ni mmg sy cari tiap kali raya..mmg tak missed lah pegi rumah sahabat sy kat Gombak nun (dorang org Minang)..sedap bangat mkn dgn ketupat daun palas.

    ReplyDelete
  19. inilah rendang keluarga saya hihi.. rendang minang.. lagi pedas lagi sedap.. tambahan yang dah kering tu.. wallah..

    ReplyDelete