Tempe boleh dipelbagaikaan cara memasaknya. Yang penting, ia enak. Hanya kebelakangan ini bundo amat menghadkan pengambilannya kerana tahap uric asid yang agak lebih daripada paras normal. Terpaksa kurangkan pengambilan kekacang.
Mahu mencuba resepi yang ini?
Bahan:
Tempe dipotong (kalau yang dibungkus dalam plastik, potong 6 bahagian)
1 biji bawang putih ditumbuk halus
1 genggam bawang goreng diramas-ramas
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar minyak zaitun/minyak jagung
Tempe dikukus sebentar ( 5 - 10 minit). Ketepikan.
Campurkan bahan-bahan lain di dalam mangkuk. Masukkan tempe yang telah dikukus. Biarkan lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan grill pan atau kuali tanpa lekat. Bakar tempe sehingga masak.
Nota:
Bahan perapan tempe boleh dijadikan sos untuk tempe. Tambahkan sedikit air (2 sudubesar), ketukkan 2 cili api, perahan sebiji limau kasturi, dan jerang sebentar.
Sekian.
ibundo
Sedapnya makan tempe goreng kan Bundo...
ReplyDeletewah kak pah...tak pernah saya makan tempe ni dibuat cam gini...sedapnya..suka tempe :)
ReplyDeletetempe grill yer...sedap tuh
ReplyDeleteI suka tempe juga, lain Kali nak try recipe grill tempe ini, must be very fragrant, yummy! Thanks for sharing.
ReplyDelete