Jadi, pada satu hari yang lain, bundo buat tauhu sumbat vesi yang lain pula. Tapi asalnya.. tauhu yang kena sumbat hehe.
Rasanya masing-masing masih berada di dalam mood hari raya. Bagi yang sudah masuk bekerja, mungkin terasa macam bekerja dalam terpaksa. Maklumlah, sana sini orang masih lagi ziarah menziarahi dan projek makan-makan masih berterusan.
Raya bundo sama juga macam dulu-dulu. Cuma kali ini ada kesedihan kerana sepupu bundo meninggal dunia di malam raya kedua. Sesiapa yang membaca n3 bundo ini, sedekahkanlah alfatihah buat sepupu bundo yang telah pergi itu. Semuga rohnya tenang di sana.
Bahan untuk tauhu sumbat ini:
4 keping tauhu
inti:
1/2 batang carrot diparut halus
segenggam penuh tauge
1 batang daun seleri dihiris nipis
1 batang daun sup dihiris nipis
isi tauhu yang telah dikeluarkan
1/2 biji cili merah dicincang kecil
1/2 sudu serbuk lada putih
sedikit garam
Bahan pencelup:
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung goreng ayam rangup
Air secukupnya
Cara:
-Gaul semua bahan inti dan ketepikan
-Goreng tauhu sehingga kekuningan. Ketepikan dan biarkan sejuk.
-Belah satu bahagian sisi. Hati-hati supaya tidak putus. Korek dan keluarkan sedikit isinya (isinya dimasukkan ke dalam bahan inti)
-Masukkan inti ke dalam tauhu seperti gambar di bawah.
-Sediakan tepung untuk mencelup tauhu. Campurkan tepung dengan air secukupnya dan kepekatannya seperti tepung untuk menggoreng pisang lebih kurang.
-Celup tauhu di dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan.
-Makan dengan sambal cili ataupun sos cili.
Sekian. Selamat hari raya.
ibundo
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam bundo..
ReplyDeletebundo guns camera ape ni bundo...
pic cantik sangat...
ngah survey nak beli camera ni...TQ ;)
Assalamualaikum. Selamat hari raya aidifitri. Nampak betul2 menyelerakan. Bestnya kalau dapat tuk berbuka ptg ni.
ReplyDeletewawa
ReplyDeleteSalam. Guna nikonD60. Model lama. D series yg terbaru lagi canggih.
kak sam,
dah mula puasa syawal ye sam. Bundo isnin baru nak mula insyaallah.
selamat menyambut aidilfitri bundo:-)sedapnya.
ReplyDeletedip this with chili sauce, memang sedap!
ReplyDeleteSelamat hari raya bonda...maaf zahir batin.
ReplyDeletenorhanim,
ReplyDeleteselamat hari raya
sonia,
one is not enough
nuridah
selamat hari raya