Ramadhan tahun ini, bundo tak sediakan menu. Semuanya ikut selera bantai sajalah labu!!!
Selalunya semasa sahur bundo akan tanya ahli rumah nanti berbuka nak makan apa. Suara yang paling ramai itulah menu untuk hari itu. Tapi ada juga masanya yang menu cadangan itu terbabas. Sebabnya bila pergi ke pasaraya, benda lain pula yang bundo jumpa haha.. Nasiblah kan.
Satu hari bundo buat kari bebola ikan. Anak-anak yang tengok, nampak macam pelik bila bundo buat fishballs masak kari. Tapi bila makan, rasanya sedap. Betul. Tapi bebola ikan yang bundo beli tu memang besar-besar. Bukan macam yang kita selalu bubuh dalam mee goreng tu. Setiap biji besarnya lebih kurang macam bola pimpong.
Masak kari semua orang tahu kan? Tak payahlah bundo bagi resepi. Cuma bundo masukkan serai sebatang yang diketuk dan beberapa helai daun limau purut. Bundo campurkan juga dengan 7 atau 8 batang kacang panjang dipotong anggaran 2 inci.
Kalau dah kehabisan idea nak masak lauk apa, cubalah masak kari bebola ikan. Cari yang besar besar. kalau tak silap bundo, bundo beli jenama KAMI.
Sekian. Selamat berbuka puasa.
ibundo
mesti cuba sebab idea dah kering:(
ReplyDeleteMenarik ni ;)
ReplyDeleteassalam bundo
ReplyDeletemengancam tgk kari bebola bundo ni la
kalu ada roti jala pun sedap wat cicah ni kan
nak sikit bonda..sedapnya. Cicah dgn roti pun sedap ni bonda.
ReplyDeletecm,
ReplyDeletedah nak hujung2 ni idea memang kering. Selalunya kena rotate balik dari yang mula2 hehe
FNF
memang sempoi habis
mamasara,
haah.. cicah roti je dah ok
kasihredha,
nampaknya gitulah