Petang ini cadangnya mahu memasak daging kari tetapi sedang memotong daging, kepala merancang benda yang lain. Faham-faham sajalah idea orang dapur yang tak mahu terlalu terkongkong dengan cara masakan sedia ada.
Sudahnya jadilah lauk daging yang namapun tak tau nak dipanggil apa. Perasan tak cili tu bewarna ungu? Benihnya kakak bundo yang bagi. Bundo tanam di belakang rumah dan elok pula tumbuhnya. Cilinya seperti cili api biasa hanya warnanya purple. Tapi pedasnya bukan main. Pedas yang amat.
Okay resepi:
1 kilo daging dipotong cube
3 ulas bawang merah dihiris nipis.
1 ulas bawang putih dihiris nipis.
3 sudu besar pes cili kering
3 biji ubi kentang dibelah
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
2 inci kunyit *
2 batang serai *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang merah*
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar kerisik
1 biji kelapa diambil santannya
1 cube stok daging
2 sudu besar air asam jawa
garam
Blender bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam mangkuk besar dan campurkan dengan rempah kari. Gaul rata bersama daging. Perap di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi. Masukkan rempah briyani dan pes cili. Tumis sehingga masak. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
Masukkan santan cair dan masak sehingga kuahnya pekat. Tambah santan pekat, kentang, kerisik, stok daging. Masukkan air asam apabila kentang sudah empuk.
Mak bundo bagi petua. Kalau masak kentang, jangan masukkan asam sebelum kentang empuk. Nanti kentang tu tak empuk-empuk. Bundo selalu ikut petua emak.
Sekian.
ibundo
selamat berbuka puasa ibundo
ReplyDeletememang maveles kari ibundo ni, nak lg daging memang tak tolak ni kalu depan mata
c/p resepi ye bundo tqq
kak,mano dapek lado kale unggu tu...tak ponah jumpo laaa....aiyooo...
ReplyDeleteCili purple tu cantikkan Bundo! Beberapa kali Amie balik kampung, elok je berbuah cili tu kat belakang dapur bonda di kampung, tapi tak tahu pula pedas amat rasanya!
ReplyDeleteEh... lupa pulak nak komen masakan Bundo, memang betul Bundo,kadang lain yang dirancang lain yang dimasak, lain pulak jadinya... apa pun gulai bundo tu nampak sodap!
saya pun selalu tergoda dengan tembikai yg di jual (dah siap di potong)di gerai tp jalan setiap kalinbalik dari kerja.
ReplyDeleteBestnya gulai tu bonda
masakan Bundo mmg kelas gitu menggoda jiwa saya ni,tambahan ada cili purple tu dulu saya ada tanam cili ni tapi skrg ni dah mati sbb kurang penjagaan mesti nk tanam lagi ni...
ReplyDeletesedapnyaaa..ada cili purple lg..cantik:)
ReplyDeletemmm satu kelainan ada rempak beriani dan ada rempah kari.Makan dengan nasi berperisa lagi sedap ni kan kak pah..
ReplyDelete.oo camtu tipsnya.Selama ni main lebur je patut la ada kala kentangnya lambat empuk.
Salam ibundo! salam ramadhan buat ibundo sekeluarga, moga diberi kesihatan yg baik sepanjang ramadhan ni insyaAllah! kita suke daging, pantang nmpk daging ehehe..
ReplyDeleteAssalam ibundo..masak kari yang mabeles ni..sedapnya kalau cicah dgn roti jala ni..haha teringat roti jala pula tgk kari bundo ni..hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Bundo,
ReplyDeletedatang lagi ni... nak bagitau Amie ambil resepi Udang Garing daun Kesum Bundo yo.... sodap eh... anak-anak suko! Terimakasih banyak-banyak yo bundo... habis dah, tak tinggal kulit, janggut...kepala udang pun diratah juga!