Bahan:
1 ekor ayam
santan dari satu biji kelapa
5 sudu besar rempah kari
1 sudu besar pes cili kering
1 cube stok ayam
3 biji kentang dipotong 4
rempah 4 sekawan secukupnya
daun kari secukupnya
1 sudu besar air asam jawa
Blender:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1cm lengkuas
1 batang serai
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya.
Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan blender, daun kari dan rempah 4 sekawan sehingga wangi.
Masukkan rempah kari. Tumis sehingga garing.
Masukkan ayam. Tunggu sehingga air ayam keluar dan kering baru masukkan santan.
Apabila ayam hampir empuk, masukkan kentang.
Tambah air asam bila kentang empuk.
Jangan lupa garam. Dan masak sehingga kuah pekat.
Sekian. Selamat berbuka.
ibundo
Bonda salam...... dah nak raya..dah banyak buat biskut???
ReplyDeletebundo ..smalam baru kita msk kari ayam..mkn dgn roti canai jew..:)mesti sedap kari bundo tue..:)
ReplyDeleteAssalam bundo.. sedapnyer nampak kari ayam tu. gambarnya pun cantek..
ReplyDeletecantiknya gambar bonda ni...suka saya tengok..
ReplyDeleterasa macam nak ceduk je sikit kari tu :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete