Dah seminggu kita berpuasa. Tiap-tiap hari kita berpikir apa yang perlu dimakan untuk berbuka puasa. Harap-harap apa yang kita sediakan untuk keluarga bukan saja yang enak-enak tetapi juga berkhasiat. Sebenarnya bukan hidangan lazat saja yang perlu kita sediakan tetapi kita juga jangan lupa untuk sediakan santapan untuk rohani kita. Sudah berapa banyak amalan baik yang telah kita lakukan sepanjang seminggu berpuasa? Sudah berapa banyak ayat-ayat alQuran yang telah kita baca. Sudahkah kita mengurangkan perbuatan yang tidak berfaedah seperti menceritakan hal orang dan sebagainya. Nauzubillah.. semuga kita dihindari daripada perbuatan yang dimurkaiNYA.
Pagi ini bundo letakkan satu resepi bundo yang telah keluar dalam majalah MIDI (keluaran ogos 1 hb). Mungkin ada di antara anda yang tidak atau belum membelinya. Bundo kongsi di sini.
Bahan:
100 gm mihun
yang telah lembut
12 ekor
udang besar
50 gm tauge
2 cekak
pegaga diambil daun dan batang lembut
4 keping
daging salai
2 sudu besar
lada hitam ajishio
1 cawan
kelapa parut
2 sudu besar
udang kering
6 ulas
bawang merah
2 sudu besar
jus lemon
1/2 sudu
kecil garam
Cara:
1.
Udang dibuang kepala dan kulit. Belah belakang udang.
2.
Masukkan udang ke dalam air mendidih sebentar
dan keluarkan segera apabila bertukar warna.
3.
Goreng sebentar daging salai dan potong kepada
beberapa potongan kecil.
4.
Sangrai kelapa parut sehingga kekuningan.
Keluarkan.
5.
Sangrai udang kering sehingga berbau wangi.
Keluarkan.
6.
Tumbuk udang kering dan kelapa parut.
7.
Tumbuk bawang merah separa hancur. Gaul bersama udang kering dan kelapa parut.
8.
Dalam mangkuk besar, gaul bersama daging salai,
tauge, pegaga, udang dan mihun.
9.
Masukkan bahan tumbuk, lada hitam dan jus lemon
beserta garam. Gaul rata.
10.
Rasakan asam dan garam dan boleh sesuaikan rasa
mengikut selera.
Sekian. Selamat menjalani ibadah puasa. Sudahkah anda bersedekah pagi ini? Mulakanlah hari-hari anda dengan bersedekah. Senyuman manis anda adalah satu sedekah dan anda pasti akan ceria sepanjang hari insyaAllah.
ibundo
Selamat Pagi Ibundo.. hari Jumaat memang di tunggu2 sbb boleh lah membeli belah wat persiapan raya... Kerabu meehon menarik sungguh..udang pun besar2..
ReplyDeletesalam kakpah..mengancam btol kerabu mihun ni.Nampak hirisan daging tu...yum yum.
ReplyDeletePagi ni nak pi cari MIDI.Tahniah kakpah.Bloggers masakan ramai dah masuk Majalah :)tumpang gembira.
Salam Ibudo....wah hidangan pembuka selera la..hehe...nak sikit ..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak pah...
ReplyDeleteselamat menjalani ibadah berpuasa yerk kak..
kerabu mihun ni mas tak pernah makan lagi..
menyelerakan jerk nengok...
insyaAllah....nnti2 boleh try...
Salam, nampak enak kerabu mihun tu. tak pernah cuba lg...
ReplyDeleteNauzubillah... minta dijauhkan dari azab Allah... mari kita sama2 tingkatkan amalan, ye Bundo...
ReplyDeleteWah! menu menggoda la Bundo...
salam Bundo
ReplyDeletetahniah resepi Bundo masuk Midi saya pun belum tengok majalah tu mesti nak beli jugak ni nak buat koleksi dan memang layak pun sbb nampak lain dari yg lain sikit...
assalam bundo..
ReplyDeletebiasanya setiap kali bulan puasa memang wajib buat kerabu & pecal.. tp setakat hari ni belum sempat lagi nak buat kerabu atau pecal.. nampak kerabu bundo ni mengancam sungguh!
wahhhhhh!terus tergoda tengok kerabu mihun.rasa macam nak cuba buat.tak pernah lagi rasa menu ni =)
ReplyDeleteselamat berpuasa :)
cak! jengok2 dapo bundo
ReplyDeleteohhh saya sgt suka apa saja jenis kerabu.....sedap ni...mau terai lah..bundo agak2 kalu ganti kan dgn tahoon/sohun ok tak?
nazrah,
ReplyDeleteselamat berniaga. Dah shoping baju raya?
CM,
dapatlah jugak merasa masuk majalah. Mintak2 adalah ofer lagi hehe..
citarasaku,
memang terbuka selera ni
Mas,
jarang orang buat kan?
azian,
perlu dicuba tu.
Gee,
semuga amal kita diterimaNYA.
Noor,
alhamdulillah
Madiha,
kerabu dan pecal ni antara makanan pembuka selera. Kadang2 tak payah makan yang lain pun tak apa kan?
laskar pelangi,
selamat berpuasa.
Greenjade,
haha main cak cak pulak ye. Bundo belum pernah cuba dengan sohun. You cuba dan nanti bagitahu bundo rasanya.
buleh cuba...masa rajin.
ReplyDeletehehe
best nye Bundo... kerabu2 nih mmg feveret sepanjang masa tak kira apa jenis pun
ReplyDeleteBakat terpendam? Tahniah sahabatku...post la lagi resepi ,ini juga satu sadakah....
ReplyDeleteash,
ReplyDeletebila nak rajin tu, aku tanya haha
FnF
teringat pulak kat kerabu jantung pisang.. err.. Kat sana ada jantung pisang dalam tin?
faiz,
haha sampai jugak kau kat sini kan? Aku saja taknak bagitau korang. kalau ada resepi berkenan tu cuba cubalah.
Slmt berpuasa bundo. mengancam kerabu itu....ada daging...udang.sy mmg suka kerabu stail letak kelapa gini..sedap.
ReplyDeleteTahniah resepi Bundo muncul di majalah.moga terus bersemangat berblog.....