Monday, July 30, 2012

Ikan leftover

Kelmarin bundo masak ikan tenggiri masak lomak cili api untuk berbuka.  Bila kaklong datang petang, dia bawak seperiuk lauk ikan merah masak kari. Kami semua mabuk makan ikan petang tu.  Sampai sahur pun lauk ikan tak habis.  Biasalah anak-anak bundo ni kalau lauk ikan main cubit-cubit je.  Kalau ayam, laju je tangan masing-masing.

Selalunya lauk ikan masak kuah ni akan keluar masuk peti ais berhari-hari. Lainlah kalau dimasak berlado atau stim atau swet sour.  Baru laku. Jadi bila bundo pandang ikan yang masih berketul-ketul dalam periuk bundo sayang kalau-kalau akhirnya jordan sorang saja yang kenyang. Jordan ni kucing bundo. Jadi bundo ambil inisiatif untuk membaharukan lauk ikan yang ada.



Semalam bundo asingkan isi daripada tulang. Hancurkan. Bundo sediakan bahan-bahan seperti di bawah.  Semuanya main campak-campak saja.  Tak ada sukat-sukat.



Bundo gaul semua bahan dan campurkan dengan satu sudu kecil garam (boleh sesuaikan), satu sudu kecil lada hitam ajishio, 2 sudu besar tepung jagung dan 2 biji telur. Bundo gaul sampai sebati.

Sementara tu, panaskan kukusan.  Bundo ambil beberapa pelepah kubis, hiris batang belakangnya yang keras dan bundo kukus sampai lembut.




Bentang sehelai pelepah kubis dan letak isi ikan dan gulung kemas.  Lepas tu kukus ikan yang telah dibungkus dengan kubis itu sehingga empuk.



Kalau anda semua ada ikan yang berlebih, bolehlah cuba cara bundo ni. Kalau nak buat ikan yang fresh pun boleh juga.
Semalam bundo makan cicah dengan air asam. Kuah tu boleh buat ikut kreativiti korang.



Terliur tengok air asam?
Cuma perlukan
2 biji bawang besar didadu. 
2 biji tomato didadu,
1/2 batang timun didadu
sebesar guli belacan
cili merah 4 biji
6 ulas cili api
secawan air asam jawa
4 biji limau diambil jusnya.
1 sudu kecil garam

Cili dikisar kasar.  Belacan dibakar atau digoreng. Campur semua bahan dan walla.... makan dengan ikan leftover. 

Sekian.


ibundo

10 comments:

  1. Nak try jugak lah nanti bundo... selalu ada lebihan ikan bulan puasa ni... kena jadi creative sikit gamkanya ya... idak le membazir nanti..

    ReplyDelete
  2. Idea kitar semula yg bagus tu Bundo...gee pon ingat nk kitar semula kari ayam semlm nk buat inti karipap... ok kot?

    ReplyDelete
  3. betul tu bundo. kadang2 lauk yang tak habis tu sayang nak dibuang. kalau boleh buat benda lain yang boleh dimakan kira ok la tu xde membazir

    ReplyDelete
  4. Salam Bundo...betul tu saya pun pernah tukar ayam goreng dan jadikan sambal ayam sebab sayangkan nak buang sedangkan ianya masih elok.

    ReplyDelete
  5. akan ku coba air asam ibundo nih!!! memang superbs menu ibundo nih...

    ReplyDelete
  6. selalu ada leftover kan bondo...jadi ada idea bila tengok resipi bonda yg menarik ni

    ReplyDelete
  7. bundo sangat kreatif... air asam tu saya minta izin salin resepi ye...selalu buat style utara je...air asam kicap...ngeee

    ReplyDelete
  8. Waahhh....gulung dalam kobis. Kalau saya tu, buat nasi goreng jer lah jawabnya. Jadi nasi goreng ikan. Atau buat bergedil ikan..hehehehehe.

    ReplyDelete
  9. assalam bundo
    kreatiflah, yg penting tak membazir kan
    samalah kalu ikan cubit sikit2 je tp kalu ayam laju he he

    ReplyDelete
  10. Salam semua. Terima kasih kerana meninggalkan komen.

    ReplyDelete