Monday, June 11, 2012

Sambal goreng hijau bertempoyak

Salam hari isnin.  Harini cuti sekolah dah habis. Apasallah dua minggu rasa macam dua hari je ye. Memandangkan bundo belum besiap lagi ni, bundo buat a quick n3 je lah. Lagipun korang bukannya nak baca sangat bebelan bundo ni.  Bedesup pegi kat resepi je kan hehe..



bahan:
5 biji cili besar bewarna hijau
8 biji cili api hijau (nak pedas, tambah lagi)
1 biji bawang besar dibelah enam
sedikit serbuk stok ayam
sedikit garam
2 sudu besar tempoyak (lebih pun tak apa)
minyak untuk menumis



Cara:
Rebus cili dan bawang hingga lembut.  Toskan.
Kemudian blender kasar bahan yang direbus tadi.
Panaskan minyak. Goreng bahan kisar sehingga masak.  Kemudian masukkan serbuk stok ayam dan tempoyak. Gaul rata. Bila rasanya dah semua okay, padam api.

Itu saja.  Okay.. jumpa lagi.

ibundo


7 comments:

  1. Adussss Bundo... tis tis air lior ku...

    ReplyDelete
  2. terliur sgt tengoknya..tp tu la adda xmkan tempoyak...teringin gk nk cuba tp xtau bila..huuhu

    ReplyDelete
  3. terigin nya bundo tengok sambal ni macam nak cicah dengan timum skrg jugak hee

    ReplyDelete
  4. Waduh..nggak tahan dong..enak banget ni..

    ReplyDelete
  5. Wow! Ibundo best ni.. tak pernah cuba di rumah ni tengah musim durian.. nanti sha nak cuba.. tq bundo...

    sha seronok baca bebelan kawan2... hehehee... macam best gitu...:))

    ReplyDelete
  6. Salam Bundo.ada sambal tempoyak sedapnya cicah dg ulam atau terung celur..
    nengok roti jala bundo kat bawah tu..cunlah warna hijaunya....

    ReplyDelete
  7. Salam ibundo...nampak sedaplah saya tek pernah lagi makan sambal begini. Hehe nanti kita pun terasa nak cuba..nanti kena cari tempoyak dulu...sekarang kan dah mula nampak orang jual durian kat pasar hari.

    ReplyDelete