Wednesday, June 20, 2012

Kijang masak lomak

Kelmarin sepupu bundo datang ke rumah bawa daging kijang. Sepupu bundo ni selalu dapat daging hutan.  Kadang-kadang pelanduk.  Kadang-kadang rusa.  Kalau dia dapat banyak, dia akan datang hantarkan sedikit ke rumah bundo ni sebab abah bundo suka makan daging macam ni.

Bundo ni masak je tapi tak suka makan. Selain daging lembu, ayam dan puyuh, yang lain-lain memang tak makan.  Daging itik pun tak reti nak makan hehe.



Bundo tanya abah bundo, nak masak apa kijang ni.
Dia cakap, kau buek masak lomak.
Bundo ni memang asli orang nisemilan. Abah bundo nisemilan campur minang.  Jadi, memang tak boleh larilah dari masak lomak tu. Masak lomak tu maknanya masak lemak cili api. Kami orang nisemilan ni dah ada kesefahaman yang 'cili api' tu tak payah sebut dah tahu. Kalau masak lemak yang tak ada cili, tak ada kunyit bagai, kami sebut masak lomak putih..ha gitu..



Masak lomak kijang ni bundo bagi kelainan sikit daripada masak lomak biasa. Bumbunya ada ala-ala rendang.

Bahan:
1 kilo daging kijang
1 biji kelapa diambil santannya.
2-3 biji ubi kentang
1 keping asam keping
garam secukupnya
dua helai daun kunyit disiat-siat
5 helai daun limau purut dibuang tulangnya

Kisar halus:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 inci kunyit
3 batang serai
15-20 biji cili api
4 biji buah keras

Cara:
Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan yang dikisar halus sehingga naik bau.  Masukkan daging dan gaul rata.  Biar sehingga air daging kering.  Masukkan santan cair. Rebus hingga empuk.
Bila air hampir kering, masukkan santan pekat, ubi kentang, daun limau dan daun kunyit. Rasakan garam dan asam.



Oleh sebab daging kijang ni daging muda, tak perlulah bundo merebusnya lama-lama. Pekat saja kuah, daging pun empuk sama.

Sekian.  Ada sesiapa yang tak pernah makan daging kijang?

ibundo

15 comments:

  1. salam Bundo
    saya datang awal supaya masak lomak kijang belum habis hehee,bestnya nak jugak kenal dgn sepupu bundo haha mana tau dia dpt hantar kat sana yg jauh heee nampak menarikss mesti sedap sangat jeles lah bundo dpt makan yg hutan2 ni..

    ReplyDelete
  2. Zana angkat tgn dulu, tak pernah merasa apa lagi memasak daging kijang. Emak Zana pun mcm bundo jugak, semua2 tak makan selain drp daging lembu, ayam dan ikan. Kuah akan tumpah ke nasi, tak mcm bundo, makbapak makan, bundo tak pulak.

    ReplyDelete
  3. alahai... mana la nak dapat kijang, rusa, napuh bagai tu... tengok kat zoo je boleh la... rasa/makan?... jauh sekali la...
    emm... tapi masak lomak Bundo tu kalau buat pakai daging lembu pun best gak kan? ;p

    ReplyDelete
  4. kami panggil lauk hutan... bestnya.. jarang sgt2 dpt merasa ^_^

    ReplyDelete
  5. Salam Bundo..
    kalau ada lauk mcm ni konpem makan nasi banyak...hehe..

    ReplyDelete
  6. Laaa... kalau bundo tak makan kijang, meh bagi kat Amie, oh Bundo! Daging kijang lebih sedap dari daging rusa tau!

    ReplyDelete
  7. Bundo...teringin nya nak merasa daging kijang...kalau rusa tu pernah jugak makan...daging kijang ni rasa dia mcm daging rusa ke?

    ReplyDelete
  8. Nampak menyelerakan... Nanti boleh cuba guna daging lembu atau ayam.

    ReplyDelete
  9. As'salam Ibundo

    ct pun serupa bundo juga makan daging ayam, puyuh,atau daging lembut tu kira biasalah. tapi kalau kijang atau landak tu memang luar biasalah nak masuk dalam mulut ni hehehe

    memang tak pernah makan dan tak pernah masak pun :)

    ReplyDelete
  10. sedapnya dapat makan daging kijang...
    rasanya harga mahal kan...
    pernah makan daging rusa aja...sedapnya

    ReplyDelete
  11. Bundo sha dah ngencess tahap kritikal dah ni, kecuuurrrrr mana nak cari daging kijang??? huaaa kat kajang tak de kan?? heee... tak pe.. tak pe.. jilat tapak tangan..

    ReplyDelete
  12. Wah...hebat nie..kena arrange projek masuk utan la nie...nak cari kijang...sedap sedap..:))

    ReplyDelete
  13. nak angkat tangan tinggi2..tak pernah makan daging kijang...hahahha..apa rasa dia ye kak pah? mesti la cam daging kan? hehehhe

    sedapnya makan gulai lomak...kalau org nogori yg masakkan lagi la sedap tak terkata..hehehhe

    ReplyDelete
  14. salam pagi khamis u all. Ngeee.. bizi tahap gaban tak dapat nak balas semua komen. Rasa kijang? Diorang kata sedap tapi bundo tak dapat nak kata sedap ke tak sebab tak makan. Tolong masakkan je dan rasa kuah.
    Pada yang ngences tu tak dapek nak nolong. maap je lah ek. Nak suggest hutan mana nak pergi masuk, bundo pun tak berani nak suggest hehe..
    Terima kasih kerana meninggalkan komen di ruang ni. Dan maap sebab bundo jawab sekali rap..

    ReplyDelete
  15. As'salam Bundo ....

    Sob sob sobbbbb... sedih nie~~~
    Dah lama sangat tak makan daging kijangggg .... Dolu-dolu Baba Nina selalu gi memburu, kadang tuu dpt lah merasa makan daging kijang. Mama Nina selalunya masak lemak.
    SEDAPPPP nyer!!! Rindu saat itu~~~

    ReplyDelete