Wednesday, May 30, 2012

Nasi Tandoori dan Ayam Lemak Tandoori

Cuti sekolah pergi mana? Cuti cuti macam ni kerja-kerja kat dapur sama ada agak slow atau bertambah ligat. Slow sebab memasing sibuk pergi makan angin sampaikan tak ingat nak masak.  Ligat pula sebab yang tak pergi sekolah tu asek menjengah ke dapur atau merungut perut asek lapar. Kejap-kejap buka peti ais.  Kejap-kejap buka tudung periuk sambil gosok-gosok perut dan  memandang siibu dengan pandangan sayu minta simpati..haha..

Semalam birthday anak yang sulung yang masih lagi dalam pantang. Bundo cakap tak payah beli kek sebab nanti mak buatkan sebijik baik punya. Maka jadilah sebijik kek lapis pandan.  Yang teringin sangat nakkan kek lapis pandan ni bukan yang punya birthday tapi bundo yang teragak sangat nak makan. Two in one gitu..



Sebab meraikan birthday orang juga, bundo masaklah nasi spesel sikit.  Cuma masalahnya beras basmati dah habis.  Jadi bundo gantikan dengan beras wangi. Kurang cun lah rupanya tapi rasa tetap mantop sampaikan ada yang makan menambah-nambah.

Bundo tak pernah buat nasi ini sebelum-sebelum ni. Bundo tergerak untuk mencuba bila mata terus menerus landing pada peket pes tandoori yang ada dalam laci. Hati berkata-kata juga nak buat ke tak nak nak buat ke tak nak tapi dalam berkata-kata tu tangan sambar terus dan letakkannya atas kaunter.  Rupanya tak rugi mencuba.  Rasa ada kelainan.

Bahan:
5 pot rice cooker beras wangi/basmati
1 biji bawang besar dibelah dua dan dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
rempah 4 sekawan
3 sudu besar (penuh/bumbung) pes tandoori (bundo beli cap AMAL)
1 cube stok ayam atau 1 sudu besar serbuk stok ayam
1 genggam kismis
3 sudu besar majerin
600ml santan cair
air secukupnya

Panaskan majerin di dalam kuali dan tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan pes tandoori dan gaul sebati. Apabila sudah sebati, masukkan beras dan goreng sebentar beras bersama bahan tumisan.
Pindahkan beras ke dalam rice cooker.  Tambah santan cair dan air secukupnya untuk menanak beras.
Bubuh stok ayam dan juga sedikit garam. Koyakkan daun pandan dan masukkan bersama beras.
Tabur segenggam kismis apabila air nasi hampir kering.



Makan nasi mestilah berlauk kan..
Bundo buat lauk ayam lemak tandoori.  Jilat-jilat jari makannya tau.


1 ekor ayam
Santan pekat dan 1 cawan santan cair.

Bahan kisar halus:
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
15 biji cili padi
3 batang serai
2 helai pucuk daun kunyit

Bahan campuran:
1 sudu besar cajun
2 sudu besar pes tandoori
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

4 helai daun limau purut dibuang tulangnya



Cara:
Blender halus bahan kisar (termasuk daun kunyit).  Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama kesemua bahan campuran melainkan daun limau.
Jadikan pes.
Panaskan sedikit minyak.  Tumis pes sehingga wangi.  Masukkan ayam dan daun limau purut.  Biarkan air ayam kering. Tambah secawan santan cair.
Apabila santan agak kering, masukkan santan pekat. Jangan lupa garam dan sekeping asam gelugur.
Masak sehingga kuah pekat.



Kalau tak cuba kita tak tau sedap ke tak, kan...
p/s Tahniah kepada Mas yang telah selamat melahirkan bayi Adam.  Sama birthday dengan anak bundo semalam.

ibundo

23 comments:

  1. sedapnya bunda...tambah sedap kalau dpt rasa :))

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum bonda..

    Satu set hidangan yang cukup menyelerakan..
    Buatkan anak tekak ita melompat-lompat dan menari-nari..

    alahaiii... sedapnya ^_*

    ReplyDelete
  3. hahaha...
    ayat 'jilat-jilat jari' tu yg tak menahan... ;p

    ReplyDelete
  4. asslm Bunda...sedapnya set nasi n lauk kat atas tu...myelerakan....suka jenis masakan yg mcmtu...

    ReplyDelete
  5. wah best nyer, terus teringin nak makan. Gambar pun cantik, sharp. I likee. Guna kamera apa ni, sis. share lah sikit tips nak ambil gambar yang sharp macam ni

    ReplyDelete
  6. Nampaknya org yg tak sambut birthday yang lebih untung kan Bundo..... Takpe tolong makan untuk birthday girl.

    ReplyDelete
  7. Happy birthday untuk anak sulung bundo, dan selamat meneruskan pantang...
    waduh bundo! sesungguhnya nasi dari beras wangi pun sodap dimasak begini woooo.... enak banget ayam lemak tandoori tuuuu, lama sangat Amie tak buat!

    ReplyDelete
  8. Alahai Bundo... rasa lapar la pulak pepagi ni...

    ReplyDelete
  9. waduhhhh!!!

    errr...saya ada buat application untuk jadi salah sorang anak bundo...masih dalam pertimbangan jemaah menteri kew? hukhuk....

    ReplyDelete
  10. nmpak sedap.. boleh cuba nnti... n dah follow bonda ye

    ReplyDelete
  11. salam Bundo resepi Bundo semuanya menyelerakan cuma masa je terhad,kalua ikut hati yg sentiasa lapar smua nk try resepi bonda lagi2 tengok nasi dan ayam aduiiiii cakap pun tarak guna...banyak bersaabar je ni

    ReplyDelete
  12. aduhai....=)
    terlapar plak tengok resepi kali ni:))


    ada share blog ibundo kat sini =)

    http://pelangi6767.blogspot.com/2012/05/blog-masakan.html

    ReplyDelete
  13. Wah wah sedapnya..lengkap utk hidangan tengahari nie..terbaik:))))

    ReplyDelete
  14. salam bundo..
    ingatkan ada ayam tandoori yg jenis kering tu jer.. rupanya ada juga yam tandoori berkuah & juga nasinya juga yer.. nampak menyelerakan la bundo...

    kek utk besday girl yg dlm pantang tu.. rasanya ibunya yg mkn lebih betul tak? hehehe.. sebab kek pandan lapis tu ada letak telur kan bundo? kalau sy takut bebenor nk mkn telur dlm pantang.. padahal kalau kat hospital telur pun dia hidang utk ibu yg baru lepas bersalin.. hehe.. kek coklat tanpa telur rasanya sesuai gak utk ibu dlm pantang kot2 dia teringin nk mkn kek.. hehe..

    ReplyDelete
  15. As'salam Ibundo

    Salam dipetang hari..tadi pagi dah singgah tapi tak bleh nak komen sebab tenet slow. Jadinya ct singgah lagi waktu petang2 ni.

    Memang nampak sunguh berselera set nasi ni, bukan takat bertambah 2kali ni Bundo.. mahu bertambah 3kali kot kalau dapat makan free hehehe

    ReplyDelete
  16. kasihredha,
    kalau duduk dekat mahu gak nak hantar sepinggan hehe

    ita yang glemer,
    hasil tangan ita banyak meberi inspirasi pada masakan bundo.

    maria,
    jilat yang melekat celah celah jari tu sunat maria haha..

    QH,
    dah dekat masuk ramadhan ni bolehlah cuba-cuba nanti untuk berbuka puasa.

    ReplyDelete
  17. azie,
    kadang2 gambar memainkan peranan untuk orang minat pada masakan kita kan? Bundo guna nikon D60.. model yang dah agak ketinggalan dengan munculnnya siri2 baru.

    hazila,
    orang yang berpantang lebih tengok tengok daripada me'ngap' haha

    amie,
    kalau dibakar mungkin lebih enak.

    gee,
    ko datang tak bawak pinggan ke gee.

    Chah,
    Masih atas meja menteri lagi chah. Belum selak pun lagi.

    kesuma angsana,
    tk kerana follow. nanti bundo datang jengah.

    Nor,
    sabar itu separuh daripada iman hehe.. takper nor. Simpan dulu. nanti senang2 nor buatlah.

    ReplyDelete
  18. laskar pelangi,
    tadi bundo ke blog kamu tapi tak sempat tinggal pesan. Nanti bundo ke sana lagi.

    norhanim,
    pagi dan petang pun okay nim..

    madiha,
    Itulah namanya idea kan. kalau dia nak datang, macam2 kita boleh buat.
    Pasal kek tu, yelah..memang ada telur tapi dah pesan kalau nak makan, rasa je jangan kempunan.
    Hal pantang ni kita orang melayu memang banyak pantang larang. Bundo dulu lahirkan anak sulung di oversea. Doktor cakap semua boleh makan. Kalau tak makan macamana nak dapatkan semula energy yang hilang semasa melahirkan. Hehe.. tapi kita ni kenalah pandai2 supaya tak merana kemudian hari kan?

    ReplyDelete
  19. ct delima,
    wksalam. Bundo makan betul-betul anggaran segenggam nasi, seketul ayam. Bundo kena jaga makan walaupun suka masak macam2. Alahai.. nak buat camana..

    ReplyDelete
  20. Wsalam Bundo hadoiii ini yang buat tak tido malam ni.. tekak teringin nak merasa segalanya bertandori tandori... mana nak cari??

    Nak buat rajinlah sangat yaa... kek lapis pandan tu ada lagi tak?? kira sekali 3 in one hehehe

    ReplyDelete
  21. Sedapnya bundo,memang menyelerakan...lapar lak tgk nasi dan lauk yg bundo hidangkan ni..:)

    ReplyDelete
  22. sha,
    jangan tanya lapis pandan haha.. dah selamat.
    Selamat dengan nasi2 dan ayam2 tu sekali.
    Adei sha.. tengok mood juga nak masak ni. kalau rajin memanglah rajin. Tapi kalau sebaliknya.... takyah cakaplah kan?

    Nieza,
    oo adik yang glemer sudah mari. Ada bawa mangkuk tengkat?

    ReplyDelete
  23. Salam perkenalan bundo. Sy dah try ayam lemak tandoori & nasinya...memang sedap...Terima kasih.

    ReplyDelete