Wednesday, May 16, 2012

Molen Baby Octopus

Kenapa octopus.  Sebab ada janggut-janggut menyerupai octopus.  Baby, sebab saiznya yang kecil dan boleh dimasukkan ke dalam mulut dengan dua kali gigit sahaja. Bagi yang bermulut besar, boleh ngap terus sekor-sekor.



Selalunya orang buat pisang molen.  Resepi ini popular di indon. Semasa bundo ke jogja baru-baru ini, bundo terjumpa satu resepi (resepi baby octopus ni lah) yang begitu menggoda dan terus menggoda bundo untuk membuatnya.
Dan semasa makan nasi goreng di restoren hotel, di tepi pinggan diletakkan sosej yang telah dibelah-belah dan mengembang apabila digoreng. Cantik.



 Bahan:
15 batang sosej
minyak untuk menggoreng tenggelam

utuk kulit: (bahan untuk satu adunan. Sila bahagi 2 )
100 gm majerin
1 butir telur
40 gm gula castor
300 gm tepung HP
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk stok ayam
secubit garam
50 ml air ais



 Cara membuatnya:
1. Adunan kulit: pukul majerin, telur dan gula sehingga sebati.
2..Tambahkan tepung HP, tepung jagung, serbuk stok ayam dan garam. Gaul dengan hujung jari sehingga ia menjadi seperti serbuk roti. Tuang air ais dan gaul rata. Uli sebentar perlahan-lahan.
3. Menggunakan penggiling mee, nipiskan adunan dari ketebalan yang besar sehingga yang paling nipis. Potong adunan yang telah siap dinipiskan dengan ukuran panjang 20cm dan lebar 1 cm.
4. Sosej : Potong sosej kepada dua bahagian. Belah setengah bahagian hujungnya dengan empat belahan.



5. Penyelesaian:  Ambil sepotong sosej, lilit bahagian yang tidak dibelah dengan adunan molen sehingga setengah bahagian. Rekat hujungnya dengan air.
6. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sedang sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
7. Bolehlah dimakan dengan sos cili buat minum petang atau untuk parti anak-anak ataupun boleh saja dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi.

Enak deh!. Yang penting, cantik...



Sekian rancangan masak-masak kita untuk hari ini.  Selamat mencuba.


ibundo

10 comments:

  1. rajin kak pah buek bentuk tu..kalau panjang2 yo boleh ko kak pah..tak yah boleh 4 ujung e tu

    ReplyDelete
  2. erna,
    kok tak bolah takdo lah de kombang

    ReplyDelete
  3. salam Ibundo,wow best lah anak2 saya pasti suka ni nak cuba jugak nanti beli sosej dulu lain dari yg lain lah mesti sedapppp

    ReplyDelete
  4. menarik dan kreatifla bundo ni...sedapnya kalau dapat merasa ni..hehe

    ReplyDelete
  5. Salam Bundo!!
    kreatif lah bonda nie... kalau mcm gini gaya utk tea party mmg sesuai atau for the kids party pun best!!

    ReplyDelete
  6. Salam Ibunda cayangg.. selamat hari guru!

    Wahh terus jakon! hehehe.. sha pernah makan dan lihat di hotel begini juga rupanya...

    Tapi yang Ibundo buat ni lebih hebat dari yang sha pernah makan di hotel!

    Terbaikkkkkkk :)))

    ReplyDelete
  7. Aslmkm bundo..wawahhh...sempat ek buatgini..kalo saya dah jadi lempeng dah..haha

    ReplyDelete
  8. kreatif dan menarik.dah terasa2 rangup kat muuluut..

    ReplyDelete
  9. rajin boto akak sey ni hah..byk maso lapang ko tu kak?..hehe

    ReplyDelete
  10. cantik ar...yang penting sedapkan

    ReplyDelete