Apa rancangan masak untuk hari ni. Bundo dah tiga hari tak masak sebab outstation lagi. Tengahari kang baru balik. Lauk bundo hari ni adalah lauk yang dah selamat dimakan satu ketika dulu. Bundo pun dah tak ingat bila.
Nampak tak cili api yang terbongkang tu. Ha.. podeh.. podeh. Bila makan air hidung moleleh-leleh. Tapi bagi pencinta cili, bila makan pedas ni boleh nampak syurga. Betul.. syurga dunia..haha.
Semasa di Jogja hari tu, ada satu menu di restoren hotel tempat kami duduk namanya Nasi Goreng Setan Merah.
Bundo tanya kenapa namakan Setan. Budak yang ambil oder tu cakap, sebab rasanya pedas buk. Pedas banget.
Oleh sebab nak tahu sangat macamana rasanya, bundo pun oder. Memang pedas. Srett sroott srett sroott bundo tolak tarik tolak tarik air hidung. Adei..
Bahan:
4 keping ikan tenggiri . Setiap keping dipotong dua.
2 biji bawang merah dihiris bulat
2 biji bawang putih dihiris nipis
10-15 biji cili api dihiris menyerong (boleh tambah dan kurang ikut suka)
2 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 biji buah keras ditumbuk halus
1 cm halia dihiris mancis
1 sudu kecil cuka
Cara:
Lumurkan ikan dengan sedikit kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan sedikit di dalam kuali. Tumis bahan yang ditumbuk halus bersama bawang putih dan halia.
Apabila naik bau, masukkan bawang besar dan cili api. Goreng sebentar. Masukkan cuka dan garam.
Akhir sekali masukkan pula ikan yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan angkat.
Sekian. Selamat meleleh-lelehan..haha.
ibundo
sedapnya...
ReplyDeletemakan nasi dengan ikan ni je pun dah ok dah...x yah tambah lauk lain...agar dpt menikmati sepenuhnya rasa ikan goreng cili padi ni.
Salam kenal :)
salam kakpah.Lama tak singgah kat dapur Bonda ni.Tahniah kerana tambah cucu seorang lagi..wah meriah btol rumah kak pah nanti.
ReplyDeleteCm suka ikan goreng cam ni..korek korek cili dan bawang serta minyak masak tu dan gaul dgn nasi panas..fuh..bleh pengsan ni hehe
Salam Kpah. ini memang menu penambat selera...sedar2 dah 2-3 pinggan...bahaya kalau buat selalu. SELAMAT HARI IBU
ReplyDeleteaduhai sedapnya,nampak ikannnya pun ganal2..ulit2 ngan nasi panas, mmg power..
ReplyDeleteSalam bonda,
ReplyDeleteSaya suka masak ikan cam ni. Pedas memang sedap.
salam Bonda,wah best ni macam nk try sekrang ni jugak sbb dah ada ikan goreng tu cuma tambah eksosori je lagi ni best thanks resepinya ya
ReplyDeleteSalam Ibundo...
ReplyDeletesedap sangat lauk ikan masak cili tu...suke la..
oh ya,tima kasih sudi singgah n follow dapur kite...
kasihredha,
ReplyDeletetk kerana sudi menjenguk dapur yang tak seberapa ni
cm,
tak payah lauk lain dah..
er cm.. ada dua orang lagi dalam proses. Semakin besarlah ahli keluarga kpah ni.
paty,
selalunya gitulah kan? selamat hari ibu juga.
Rohah,
ReplyDeletejom makan..
hazila,
tak semua yang boleh makan pedas. Siapa yang tak tahan tu kena kurangkan cili.
Nor,
lelap mata pun dah siap dah nor.
rahel,
salam.. tk kerana datang menjenguk
musti cuba nie...i like yg simple dan pedas2 nie......sedap aje tengok ikan tu kan... =)
ReplyDeletecekgu Maz,
ReplyDeletepedas berpeluh-peluh bila makan.
Tengok cili api tertonggeng2 tu pun dah tau pedasnya. Senang je nk hilangkan pedas tu, kemam kismis lps mkn......nnti hidong ibundo tak la srot sret lg....hehe
ReplyDeletememang menyelerakan kalau dapat makan dgn nasi panasx2 ni kak...lapar lak rasa...hehe
ReplyDeletezana,
ReplyDeleteataupun kalau taknak pedas, tolak je cili tu ke tepi hehe
nieza,
dah dinner ke belum.