Terung memang feveret bundo. Terung berlada lagilah feveret. Kalau kami makan di restoren wong solo pastinya terung balado salah satu daripada menu pilihan. Selalunya bundo makan sampai air hidung meleleh sebab menahan pedas. Pedas tapi sedap.
Resepi ini bundo suaikan supaya rasa pedasnya tidak menyengat. Agak sedang-sedang saja.
5 biji terung di potong ikut suka
1 genggam ikan bilis
10 tangkai cili besar merah *
5 tangkai cili kering yang telah direndam dengan air panas *
6 ulas cili api *
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 cube stok ayam
1 sudu besar air perahan lemon
garam secukupnya
Blender halus bahan yang bertanda* .
Panaskan minyak dan goreng terung. Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng ikan bilis. Ketepikan.
Tumis bahan yang telah diblender sehingga naik bau dan masak. Masukkan stok ayam, perahan lemon dan sedikit garam.
Setelah masak, susun kesemuanya di dalam pinggan mengikut kreativiti anda. Selamat makan.
ibundo
Sunday, April 29, 2012
Friday, April 27, 2012
Laksa Siam
Assalamualaikum buat anda yang datang menjengah. Sudah agak lama bundo menyepi. Banyak perkara yang berlaku membuatkan kesempatan untuk menulis tertangguh-tangguh. Kepada yang masih sudi datang ke sini diucapkan terima kasih.
Apa kabar semua? Harap semuanya sehat.
Resepi bundo kali ini ialah laksa siam yang bundo buat petang tadi untuk makan malam. Kalau ada yang ingin merasa keenakannya, cuba-cubalah. InsyaAllah tidak mengecewakan.
Bahan A.
2 bungkus mee kuning. Boleh juga diganti dengan mihun kasar.
1 kilo ikan sardin, direbus dengan 1 liter air dan diambil isinya. Isi ikan diblender dengan air rebusan. Tulang ikan diblender halus dengan air rebusan juga dan ditapis. Campurkan tapisan air tulang dan isi ikan yang telah diblender. Ketepikan.
3batang serai dititik
5 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan
3 tangkai akar daun ketumbar
2 sudu besar sos ikan
5 keping asam gelugur
1 biji kelapa diambil santannya.
Bahan B (dikisar halus)
20 tangkai cili kering (boleh ditambah kalau mahu pedas)
1 sudu teh belacan
3 tangkai daun ketumbar.
4 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
6 biji buah keras
Cara:
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
Masukkan ikan yang telah diblender. Masukkan lain-lain bahan A dan juga garam. Masak sehingga kuah agak pekat.
Hidangkan mee bersama bahan sampingan seperti taugeh, telur, timun, cili dan hirisan limau.
Mahu cuba?