Ni yang selalu terjadi kalau berhajat nak makan western style konon-kononnya. Tak mau tekak melayu nak terima masakan yang cuma tabur-tabur lada hitam dan garam bak kata chah. Tambah-tambah lagi kalau makan spageti. Kalau lidah asek rasa kuah yang masam tomato saja dan yang lain-lainnya hambar, tekak pun tak terima. Apatah lagi perut.
Jadi, kalau buat kuah spageti kena pastikan yang rasanya lengkap dari semua segi. Lengkap bagi tekak melayu macam kita.
Ramai yang pandai buat kuah spageti versi melayu. Ada bermacam-macam.Lain orang, lain tangan, lain gaya...
Bundo?
spageti
500gm daging cincang *
1 biji capsicum merah*
1 biji capsicum hijau*
1 tin kecil nanas (cubes) dan dibuang airnya)* - kurangkan kalau tak mahu rasa manis
2 biji bawang besar*
cendawan ikut suka hati berapa banyak *
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 senduk pes cili kering
1 sudu kecil parsley kering
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk kasar
1 botol sos spageti kimball
1/2 cawan sos cili
1 tin kecil tomato puree
air secukupnya
3 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
Mula-mula blend bahan yang bertanda*. Panaskan sedikit minyak. Kalau ada e.v.o.o lagi bagus. Tumis bawang putih. Bila naik bau, masukkan pes cili. Goreng hingga cili masak. Masukkan daging cincang dan biarkan sehingga air daging kering. Masukkan pula bahan yang telah diblend. seterusnya masukkanlah bahan-bahan lain dan masak sehingga kuah pekat.
Sekian. Selamat berjimba di dapur hari ini.
Bundo petang ni nanti cuti masak. Ada adik ipar nak kenduri kekahkan cucu. Yahooooo!! (Sambil lompat tepuk-tepuk kaki)
ibundo
wow!! mengancam....
ReplyDeletewah dah lamo tak tingga jojak kek sini..po kaba kak..hehe
ReplyDeleteese kalo buek spaghetti mesti nak cam melayu nismilan jugak kak..mesti nak podeh..kiro podeh lah..takdolah menyonggau..hehe
omak sedaro se yot tu takdo fb atau blog kak..ontah dio tau ko tidak blog tu apo ..hehe
kak jom poi guangzhou..best shopping kek sanun..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteas-salam IBUNDO
ReplyDeleteterliur je Ady tngk SPAGETI TU..BUAT BF PUN SEDAP..
February 3, 2012 9:46 AM
bundo!, aku terliur sgt2 ni...aduhhh jaatnya kamoo!!
ReplyDeletei like!!!!
ReplyDeletefuuuhhhh gulongan spaghettimu pojaan atiku kakpah!
ReplyDeletelompat tepuk2 kaki bekbaik ye nampak kedai kopi.. hehe.. :P
gee,
ReplyDeleteadakah dia mengancam kamu gee hehe
anim,
samo2 bizi?
Akak ni nyoping memang goma tapi poket yo yang tak bonarkan haha..
salam ady,
buat mee kari pakai spageti pun sedap gak kot. Mesti gordon ramsey kagum
chah,
meh sini tadah air lio tu..
sam,
hehe
azedaa,
kedai kopi? kehkeh.
kak pah..kat rumah ni lagi la tekak melayu..saya ni je yg boleh makan spageti nih..hehehe..kalau masak ni memang sorang2 je yg makan..hehehe
ReplyDeletewahhhhhh..
ReplyDeletedasyatnye kakpah ni.. sampai tepuk kaki.. heheh.. suko bonar eh tu.. hihi..