Sebenarnya bundo ni teramatlah macam nak menyorokkan muka bawah selimut dek malu menayangkan kue yang tak berapa nak jadi ni. Bundo nak menyorok terutamanya daripada chah. Malu sangat bundo ni kerana telah menjahanamkan resepi srimuka labu adiwarnanya. Kejadian yang asli telah bundo cacat-celakan.
Pertama, bundo telah gantikan labu dengan keledek memandangkan keledek ada berketul-ketul tapi labu tak ada. Kedua, oleh kerana sangat konfiden yang tepung jagung ada dalam stok, bundo tak adalah beli tepung jagung. Oleh sebab tak ada dan bundo dah tak kuasa nak keluar ke kedai semata-mata nak beli tepung jagung, tak adalah bundo bubuh tepung jagung. Lagipun, alahai... apa sangatlah se sudu je tu kan. Ketiga, bibik bundo yang terlalu sangat nak menolong telah memblender bahan lapisan atas sehingga berbuih-buih. Terkial-kial jugalah bundo nak menghapuskan buih yang tidak dikehendaki itu. Keempat, agaknya bundo dah terlebih bubuh santan.
Rupanya kerana penderhakaan ini, lapisan atas tu tak berapa nak jadi. Lembek je macam mamat aw.. aw..
Tapi untuk pengajaran, bundo letak juga lah gambar kue yang tak cun langsung ni. Kepada sesiapa yang nak mencuba, silalah tengok kue yang asli di dapur chah.
Chah!!! bundo copy n paste resepi dari dapur kau je ya? Bundo dah tak ada semangat ni..haha..
Lapisan pulut (bawah)
2 cawan pulut putih
Santan pekat (anggaran 2 1/2 cawan * tak perlu habiskan jika pulut sudah lembut)
Sedikit garam
Secubit gula
Daun pandan
Pewarna yang disukai (saya gunakan hijau, pink dan biru muda)
Cara-cara:
- Basuh pulut dan rendam pulut kira-kira 1 jam.
- Jika lebih lama direndam, pulut akan lebih cepat masak.
- Kukus hingga masak.
- Semasa sedang mengukus pulut, masak santan dengan garam dan secubit gula.
- Masukkan daun pandan yang telah dikoyak-koyakkan terlebih dahulu.
- Biar mendidih kecil dan tutup api.
- Bila pulut telah masak, keluarkan dari pengukus. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau hingga pulut menjadi agak lembut dan santan menjadi sebati dengan pulut.
- Masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut lembut dan berkilat. Jika agak-agak masih keras, percikkan dengan sedikit santan dan kacau rata.
- Ambil dua sudu pulut untuk setiap warna yang dikehendaki dan letakkan pewarna pilihan. Tidak perlu gaul rata.
- Campurkan pulut yang telah diwarnakan ke dalam bahagian pulut asal (putih). Gaul sedikit saja.
- Tekan dalam spring form hingga padat.
Bahan-bahan untuk lapisan atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan labu -direbus dan lenyek * sukat yang telah dilenyek (bundo ganti dengan keledek)
Gula putih secukupnya (saya masukkan 5-6 sudu)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
3 biji telur
Sedikit garam
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. Tuang perlahan-lahan dalam loyang yang telah diisi dengan bahagian pulut tadi. Kukus hingga masak. Pastikan penutup pengukus sentiasa dilap untuk mengelakkan air menitis atas kuih.
ibundo
Salam Puan jebat.Apo2 pong....janji sodap!!!!
ReplyDeleteAssallamualaikum Bundo..
ReplyDeleteKak, lembik2 tulah yg sedap.. Tapi bila dipotong mmg lah nampak tak cun.. Tapi kalau untuk makan, haiii..lembik tu mmg ada umphhh.. Berapa banyak punya tapi daaaaa...
ok la tu Bundo.. mesti dah habis..
ReplyDeleteros,
ReplyDeletesalam. sodap memang sodap. Tak payah nak letak dalam kulut lama-lama. Terus telan je.
naz,
hehe.. macam tulah cakap bibik. Nampak tak cantik takper tapi sedap..
nazrah,
ada tinggal sikiiiiiiitt je lagi.
Hahaha....no komen
ReplyDeletejgn pandang pado ghrupo...ikut pado gahso....sodap mak amek!
ReplyDeleteapo ado pada rupo janji sodap aw aw hehe
ReplyDeleteAssalam Ibundo,
ReplyDeletesesekali masukkan hasil yang kurang menjadi elok jugalah untuk tatapan orang yang kurang mahir macam Amie ni Bundo, jadinya bolehlah dibuat rujukan oleh sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan tepung and the gang, supaya dapat bezakan mana kejadian yang sepatutnya... he he heh sesungguhnya baik dan buruk itu ada hikmah di sebaliknya ye Bundo.
gee,
ReplyDeletehehe.. nasib baik no komen.
kaklong,
tang ghaso tu memang dah pas dah.
cm,
haha.. yang aw..aw ni pun sodap.
amie,
betullah tu amie. Kalau asek letak yang cantik menawan je nanti orang ingat kita ni pandai sangat masak hiii... padahal taklah begitu.