Sarapan apa hari ini?
Mulakanlah pagi dengan ceria kerana kita akan ceria sepanjang hari insyaallah. Mulakan jugalah pagi dengan bersedekah. Walaupun hanya sekadar senyuman kepada ahli keluarga ataupun alfatihah dan doa kepada orang tersayang yang telah meninggalkan kita. Tidak rugi juga kalau kita taburkan sedikit beras di laman rumah untuk makanan unggas yang berterbangan. Semuga rezki kita diberkati dan bertambah.
Resepi harini cuma yang biasa-biasa. Yang biasa kita buat dan yang biasa kita makan. Semua orang tahu buat mee goreng. Bundo letak jugalah resipi di sini supaya taklah yang datang ke sini tengok gambar je kan.
1 bungkus mee kuning
1 sudu besar cili kering
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cair
3 ulas bawang merah dihiris nipis
1 ulas bawang putih dihiris nipis
10 ekor udang
1 keping dada ayam dihiris kecil
5 biji fish ball dibelah dua
1 keping fish cake dihiris nipis
2 tangkai sawi dipotong
3 helai kelopak kubis panjang dipotong
segenggam tauge
bahan sampingan:
daun sup dan daun bawang untuk ditabur
1 biji tomato didadu kecil untuk ditabur
2 biji limau kasturi dibelah dua
bawang goreng
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.
Masukkan cili dan rempah kari. Tumis sehingga garing.
Masukkan ayam dan udang. Bila masak, masukkan pula sos tomato. Bubuh sedikit air kalau perlu.
Masukkan sayur dan mee.
Goreng sekejap dan angkat.
Taburkan dengan bahan sampingan
Selamat berhujung minggu.
ibundo
Kak Pah
ReplyDeletebeautiful pics!!tengok udang bergelimpangan atas mee, tak tertahan rasaku..nice!
mas suka mee goreng...
ReplyDeletesedappnya..
nak sepinggan kak pah..
kak pah se pun buek mee goreng tadi.telobeh lado pulak..bersiul dibuek e.
ReplyDeletekak pah, kami doakan semoga rezeki kak pah sekeluarga senantiasa dimurahkan dan diberkati. amin. :) sodap bfast ni. saya makan nasi lemak tadi.
ReplyDeletesedapnya Bundo, cahya paling suka makan mee kalau goreng..lagi2 mee goreng mamak. :)
ReplyDeletesedap.. ita hari ni pun makan mee goreng tapi tak letak kari..:) udang tu menyelerakan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebuat ni for dinner td..tak sempat ambil gambar,dah licin. :)
ReplyDeletenampak udang berlengkor tu kakpah..yum yum
ReplyDeleteAssalamualaikum Ibundo, sedap nmpak mee goreng kari ni...mst rasa ala2 mee mamak nih...i liiikkkeee :)
ReplyDelete