Ada satu cerita. Lama pun belumlah berapa lama. Adalah lima nam tahun.
Bundo pergi rumah sepupu di jakarta. Sampai waktu makan tengahari, dia jamu kami makan. Lauk macam-macam, antaranya ayam ungkep, ikan balado dan daging rendang minang. Kami makan macam tak cukup tangan.
Ikan balado tu tersangatlah sedap. Bundo tanya, ikan apa. Dia jawap ikan lele. Bundo tak tahu ikan lele tu apa. Hasben pun tak tahu. Tapi daging ikan ni sangat halus dan lembut. Sepupu bundo pula potong ikan tu pendek-pendek. Jadi tak dapatlah nak cam kan bagaimana rupanya ikan ni semasa hidup.
Lepas tu kan, semasa bundo gali gali lagi dalam mangkuk ikan balado tu, bundo terjumpalah dia punya kepala. Langsung bundo tangkap leher bundo ni dan berlari masuk bilik air. Brruekk... habis semua terkeluar semula. Sebenarnya bundo tak pernah makan, tak suka makan, tak reti makan ikan keli dan ikan sembilang. Bila dah tahu yang bundo makan itu adalah ikan keli, secara otomatik otak hantar signal pada tekak untuk membelahakkan balik segala yang dah termasuk melalui anak tekak.
Lepas tu buat-buat bagitahu pada sepupu yang bundo tercekik tulang.
Mintak maap. Bundo memang tak makan. Tengok kepalanya bundo dah takut. Tapi sekali sekala (adalah sekali dalam setahun) bundo masakkan juga lauk ikan sembilang ni untuk anak yang gemar. Macam ahad haritu. Bundo ke pasar tani, ada pulak sembilang salai. Semasa membelek-belek sayur, ada pula maman jeruk. Orang yang jual tu dengan pujuk rayunya mendesak bundo membeli sembilang dengan maman jeruk. Sedap dimasak lemak cili api. Sebab bundo tengok orang tu macam nak menangis je (hehe), bundo pun beli.
Kepala ikan ni bundo dah cropped. Tak sanggup den nak nengok e.
Ikan sembilang salai ni bundo masak lemak cili api dicampur jeruk maman seperti yang disajes oleh penjual. Ada pula ulam potai. Diorang makan tengahari tu tunduk je tak pandang kiri kanan oleh kerana lekanya mengadap lauk sedap. Kata dioranglah sedap. Bundo tak makan. Bundo rasa rasa kuah je.
Resepi? Ah.. tak payahlah. Sama je macam masak lemak cili api yang lain tu.
Sebelah malamnya, kakngah sakit perut memulas-mulas. Sampaikan kejang kaki menahan sakit. Bawak dia pergi klinik, doktor kata food poisoning. Kena injek satu das. Mungkin perutnya tak tahan makan maman yang dijeruk itu. Orang lain relek je.
ibundo
Saya lak kak pah, x penah lagi makan ikan semilang, kalau keli tu selalu sgt dah...
ReplyDeleteAs'salam Ibundo
ReplyDeletect pun dari dulu sampai sekarang memang tak makan ikan yang bermisai2 ni..hehe. memang tak boleh masuk, paksa macam mana pun jangan harap nak ct cuit. rasanya sebab dari dulu lagi arwah mak ct memang tak makan ikan ni...begitu lah ceritanya :D
cuma ank dara ct jer yang sekarang dia makan sbb dah duk kat U kan kenalah makan apa yang dimasak kat sana tu :)
Maaf Ibundo..komen kat atas tu ct yang komen bukan suami ct ya.. hahaha. adoiii dia lupa nak sign out lah tu..hehe
ReplyDeletekak pah..boleh pulak tekeluar balik tu..memang osah he kak pah tak goma.
ReplyDeletesaya dah lamo tau iwak lele tu apo..sobab dari tahun 80 an lagi dah dok tanjung karang..
sedapnya Bundo Iwak lele tu..pedas pedas lagi ngam...
ReplyDeletekak,kuargo kaklong pun memang tak makan ikan lele ni...terutamo omak kaklong...
ReplyDeletetapi dah masuk kuargo kakngah ni,kaklong kono makan...
huhuhuhu!
Salam ibundo..biasa Liza grg sambal jer ikan keli ni..anak2 suka macam tu, ikut jer la..
ReplyDeletehuiiii rugi kak. sodap amek2 iwak lele tu. sey apo2 ikan pun makan tak kisah la kok ghoman eh cam nago sekalipun. osah polahap eh kan? hiks
ReplyDeleteIwak Lele tu dalam bahasa JAWA ikan keli kakPah...
ReplyDeletePernah dengar tak Pecel Lele?
Kalau nak tau, tanya budak Nizam (Aku) tu. Kecik-kecik dulu dia suka pancing Lele...hehe
cheq sue,
ReplyDeleteikan semilang ngan keli kan adik beradik ke..
chemat @ ct delima
haha.. memula ingat sapalah mamat ni.
sebenarnya kan, semua ni kat minda kita jer. bundo tak makan sebab rupa dia menakutkan tapi bila termakan rupa-rupanya daging ikan semilang ni halus dan sedap.tapi oleh sebab di otak tu dah terpasak tak makan keli, semilang.. ha.. tu yang keluar balik tu
erna,
ReplyDeleteekau goma ko..
nazrah,
ko cakaplah sedap camana pun hehe.. bundo takkan makan.
kaklong,
banyak bondo kakngah dah aja kaklong kan?haha..
liza,
bagi yang suka, sedap. Anak bundo je makan dua ekor dia sorang je sebab dia kata sedap.
tijah,
ekau tu apo yo tibai...
kehkeh.. egg ben ko dah jadi lum.
cklah,
kpah gi indon baru tau iwak lele tu apa. pecel lele pun nampak dorang jual tepi tepi jalan.
sembilang, keli, haruan, saya makan je :) sodap! buat masak macam ni lagi lah laju. :) misai padayappa je tu :)
ReplyDeleteDel,
ReplyDeletetokak tak lalu nak buek camno
hehehe... Bundo... kite bole geng... saya pun tak makan keli... sbb... ntah... geli kot... klu pegi umah mertua, dia slalu je masak keli sambal sanggup saya makan nasi dgn sayur je... klu ada lauk lain saya makan yg lain je la... hahaha... ntah la psiko betul dgn keli tu... ;p
ReplyDeletetapi klu saya datang rumah org pastu org hidang lauk keli... saya makan jugak la... makan sikittt je... saya potong sekerat amik separas ekor dia je... ;p
Bundo, family Cahya suka makan ikan keli..ikan semilang jarang la. Tapi Cahya tak pernah makan maman ni..mama dengan ayah pernah masa pegi open house orang N9, sedap katanya. Nak merasa jugak..
ReplyDeleteMaria,
ReplyDeletehaha.. semua ada dalam otak jer. ikan haruan pun kpah tak makan sebab tengok ikan haruan teringatkan berudu hiii...
cahya,
maman sedap. tapi jarang jumpa. sesekali baru dapat makan..
tak jadi la kak. 2-3 kali asik pocah yo. givap dah nih.
ReplyDelete