Kita buat cekodok lagi. Senang di masak sedap dimakan. Di rumah bundo ni cekodok memang laku tambah-tambah lagi bila masih panas. Ia dimakan begitu saja atau cicah dengan sos cili. Apa-apa pun, sedap sampai menjilat jari. Ini feedback dari hubbgy dan anak-anak lah. Siapa lagi yang nak bagi moral support kalau tak keluarga sendiri, betul tak.
Hubby kata sedap. Dah tulis resepi ke. Bundo kata nantilah kita tulis kat blog biar ingat sampai ke anak cucu. Blog kita ni agak-agak bertahan sampai bila ye? Patutnya kita ni mesti ada back up file juga kan. Mana tahu tiba-tiba hilang... habis lah..
Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
15 ekor udang dibuang kulit dan kepala, dibuang juga tali hitam di belakang dan hiris kecil
2 kelopak kubis dihiris halus
1/2 batang carrot diparut halus
1/2 cawan daun bawang + daun sup yang telah dihiris
2 genggam tauge diramas kasar
1 biji telur
1 cawan santan pekat
garam secukupnya
bahan kisar - blender dengan sedikit air:
1 biji lada merah dibuang biji
3 sudu besar udang kering
segenggam nasi sejuk
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Gaul rata. Sekiranya adunan nampak cair, tambah sikit tepung. kalau adunan nampak pekat, tambah sikit air.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Hidang panas. Kalau sejuk pun, ia tetap lembut. Tapi gerenti tak sempat nak sejuk.
Sekian. Selamat mencuba.
ibundo
kalau malas cekodok le yang jadi habuan untuk mengisi perut. Senang dimasak sedap dimakan
ReplyDeleteorang kg Cm paggil kuih cokodok ni kuih Malas hehe.Ya la kak pak jika terpadam segala resepi ni sayangnya.Btol kena ada back up fail...cm pun terfikir tu
ReplyDeletekak pah...cicah ngan sos memang sedapp tu..
ReplyDeletemesti buek ni kak pah.:)
ReplyDeleteas-salam ibundo
ReplyDeleteselamat pagi ibundo..cokodok ni sedap mkn dengan cili kicap atau makan macam tu aje..sedap mkn dgn secawan kopi panas..
Salam rindu Ibundo :)
ReplyDeleteLama Hawa tak BW bila dah lama bercuti dah mcm malas pulak hehehe
Mmg betul tuh cekodok/jemput2 nih mmg sedap di mkn waktu panas2 bersama cili sos :P hissh lama pulak kita tak buat
Assalamualaikum ibundo..
ReplyDeleteyer ler kan ibundo.. kekdg tu diana pun ada terpk benda yg sama gak.. kalau ler suatu ari blog nie dah x der.. semua nya ilang mcm tu jer.. mmg parah ler kan.. semua resipi ada kat cnie.. huhuu...
dah lama x buat n makan cekodok... teringin plak nak makan...
kaklong suko klu buh sayur banyak@,tapi masaalah ea anak kaklong si haziq tu tak mkn sayur langsung...tu yg maleh nk buh sayur tu...!
ReplyDeletecekodok lagi kak pah..mmg mabeles ni! sy suka!! :)
ReplyDeletekak sam,
ReplyDeletemakanan tak luput dek zaman
cm,
kpah nak simpan dalam back up file.. hilang tak de la gigit jari
mas,
ReplyDeletegigit dengan cili api pun sedap mas..
anim,
buek nim.
ady,
memang dy.. tak sedar ngap satu lepas satu.
hawa,
mana pegi hawa.. lama senyap. Bizi ek.
diana,
kena simpan dalam file lain diana. utk security..
kaklong,
cubolah dulu kaklong. Mano tau kok goma pulak de
Del,
apa lagi del. Mengodok lagi kita..