Nama pun hari raya. Macam-macam dah masuk dalam perut. Kalau tak kontrol, takut nanti semua benda naik mendadak. Kalau tak berat badan, kolesterol. Kalau tak kolesterol, darah tinggi. Kalau tak darah tinggi, fatty liver. Adei.. macam-macam boeh jadi.
Sebaik-baiknya, bila makan tu makanlah ala kadar. Kalau agak-agak nak jaga kesihatan, cubit-cubit je lah sikit. Bila tak reti nak ambil sikit-sikit tu, cubit pipi tu kuat-kuat biar tersedar haha..
Apa kata kita tukar menu sarapan. Bundo dapat resepi ni dari chef sabri. Selak-selak majalah rasa, terjumpa dengan resepi yang sungguh baik untuk kesihatan kita. marilah cuba!!!
Bukan sahaja berserat dan bagus untuk menyerap kolesterol tapi kaya vitamin. Membuatnya juga mudah tak sampai 10 minit. Yang penting, bahan semua ada. Buah-buahan pula pula diganti-ganti dengan apa yang ada dalam peti ais.
Bahan:
35 gm oat segera
210 ml susu segar
1 sudu makan perahan jus oren
1 sudu makan madu lebah
1 sudu makan kismis
1 sudu makan anggur merah dihiris (bundo bubuh anggur hijau)
1 sudu makan buah epal hijau (bundo bubuh blue berry)
1 sudu makan mangga atau buah nangka (bundo bubuh buah naga)
Masukkan oat ke dalam mangkuk kemudian masukkan susu dan kacau hingga kembang.
Selepas itu masukkan bahan-bahan lain dan kacau hingga rata.
Siap untuk dihidang.
Memang sedap.
ibundo
Salam K Pah..
ReplyDeleteni la menu yg harus dimakan sekarang...after all the 'kaya' raya food!
wahh.. insaf 'sikit' tgok menu ibonda ni.. huuuu.. saya yg highkolestrol ni selalu mudah lupa.. Slmt hari raya...
ReplyDeletemenarik.. kalau buat breakfast sedap gini.. tapi kadang saja nak makan makanan yang berkolestrol jugak.. hihihi
ReplyDeleteBagus ni untuk org yang dah bertambah berat badannya. hehehe kena cuba...
ReplyDeleteyat,
ReplyDeletethe question is, are we willing to go for this? hehe
dzana,
bukan zana sorang je yang mudah lupa.. semua kita ni.
ita,
haha.. yang berlemak2 tu lah yang sedap dimakan
kak sam,
sekali dua kali okay lagi. kalau hari-hari? erk..
kakpah..yg ni pun teringin nak makan..ada buah2 mangga kat peti ais nih..hehhehe
ReplyDelete