Salam.
Semalam bundo buat nasi soto. Sedapnya........ Setiap orang makan bertambah-tambah sehingga nasi dalam periuk tinggal kerak sahaja. Semalam bundo kata kalau buat kuah soto biar berlebih sebab boleh buat nasi soto pula. Harini bundo nak tukar statement. Rebus kuah soto khas untuk buat nasi soto. Nanti ayam yang direbus tu tak payah goreng dan disiat-siat. Kita tambah bumbu pada ayam dan kita bakar dia. Biar ngam dengan nasi soto. Amacam!!!
Sebelum habis ramadhan ni, pasti akan buat sekali lagi nasi ni.
Yang ini pula lauk sampingan semalam. Bukan apa. Kacang panjang yang bundo tanam di belakang rumah tu berjuntai-juntai banyaknya. Sayang kalau tak dibuat lauk. Jadi, bundo buat masak lemak cili api. Cuma masak lemak cili api bundo ni lain daripada versi yang emak bundo selalu buat. Orang negeri sembilan kalau masak lomak, tak de dah bubuh bawang bagai. Taruk santan, garam, asam dan cili api sampai menyengat. Dah.
Bundo punya ni versi menderhaka ahaks..
20 batang kacang panjang dipotong
10 ekor udang sederhana besar
10 - 15 biji cili api ditumbuk
1/2 inci halia di hiris nipis dan diketuk
1/2 inci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
4 helai daun limau purut dibuang uratnya dan dihiris
4ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dicincang
1 keping asam gelugur
Santan daripada sebiji kelapa
Masukkan santan ke dalam periuk atau kuali. Masukkan bahan-bahan kecuali kacang, udang dan asam. Biarkan kuah mendidih dan bertambah pekat. Apabila pekat, baru masukkan kacang panjang, udang dan asam keping. Rasakan garam. Kuah mestilah pekat. Kalau cair je, tak jadilah tu.
Sekian
ibundo
assalam kak pah..memang menderhako boto tu..he he..bilo saya baco resepi..siap ado lengkueh .sorai dan daun limau purut bagai..tu dah namo rondang tu kak pah..sodap yo kak pah..
ReplyDeleteErna,
ReplyDeletecubo ekau buek na. Sodap..
salam kakpah..saya suka kalau gulai lemak taruk daun limau purut ni...dulu masa mula2 makan masa duk kat kl...rasa cam pelik sgt...sebab biasa makan gulai lemak ori je...hehhehe..
ReplyDeleteini macam masak minang ni kakpah.sesekali tukar selero mmg sodap.
ReplyDeletesaya suke masak lemak ada daun limau purut..wangiii je... especially masak lemak ikan, mesti nak letak daun limau purut ni..
ReplyDeletenasi soto.. 1st time dengar.. hmm sedap tuu
Salam ramadhan kak pah...wah resepi dah lari jauh dr org nogori punyo masak lomak ni kak... tapi sesekali ubah selera dgn resepi mcm ni bertambah-tambahlah selera nak makan kan? :)
ReplyDeleteq,
ReplyDeletesekarang ni orang dah buat macam2 kat masak lomak. tapi yang ori tetap sodap..
anim,
ReplyDeletedah ramai sodaro den orang minang. nak buek camano kihkih..
izah,
kalau taruk kat gulai ikan boleh buangkan bau hanyir..
nasi soto? hehe.. kite pun first time buat.
ct,
memang jauh melencong tapi tu yang buat habis licin tu..
suka suka sukaa... mmg suka makan masak lemak kacang panjang... sedapnya tu ibundo...
ReplyDelete