Friday, July 1, 2011

Ayam sambal hiris

Pagi merangkak lesu.  Selesu mood ibundo pagi ini. Kalau di kampung waktu-waktu begini akan kedengaran kokokan ayam sahut menyahut.  Riuh rendah satu kampung.  Sudah lama ibundo tidak mendengar suara kokokan ayam.

Ayam adalah makanan kegemaran anak-anak. Kali ini ibundo masak sambal ayam menggunakan cili yang hanya dihiris-hiris.


 1/2 ekor ayam di potong kecil.  Dilumur kunyit dan sedikit garam dan digoreng.
1 labu bawang dipotong bulat.
20 biji cili api dihiris. (boleh dikurangkan kalau tidak suka pedas)
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sedikit halia *
2 biji buah keras *
sebiji tomato dibaji atau beberapa biji baby tomato
sedikit daun bawang dan sadri dipotong pendek
1 biji limau nipis

Tumbuk halus bahan bertanda *.  Tumis bahan yang sudah ditumbuk.  Bila naik wangi masukkan cili api. Goreng sehingga rasa bergaul. Masukkan ayam dan bubuh sedikit air sekiranya terlalu kering. Perahkan limau nipis dan rasakan garam. Masukkan bawang hiris.
Apabila hampir masak masukkan tomato, daun bawang dan daun sadri.




Sedia untuk dinikmati.  Sekian.

ibundo

5 comments:

  1. kak.sambil se taip ni kan,ayam kek luar tu sdg berkokok nak bertolur.memokak boto..kalau akak tipon se time mcm ni kan,lagi kuek kokokan ee tu..mcm tau2 yo kito sdg cakap lam tipon..

    sembolih buek lauk camni elok ee kan?..

    ReplyDelete
  2. ayam mmg kesukaan bebudak..kat rumah ni [pon sama...aih..kak nymz tu speking apa ek..hehe

    ReplyDelete
  3. anim,
    tu namo e yam tu dongki tu. elok beboba buek gulai.

    ReplyDelete
  4. anna,
    kak anim tu speaking negori. orang yang paham je yang boleh paham hehe..

    ReplyDelete
  5. ibundo walau cili tu dihiris , ayam tu dapat menikam kalbu cik ina. sedapnya

    ReplyDelete