Arwah mak aku dulu selalu buat sardin masak lemak cili api. Dicampurnya dengan bacang muda. Adui sedapnya. Teringatkan itu je dah boleh buatkan kecur air liur.
Aku tak pernah buat sardin masak kari. Kali ni aku terai dan rasanya agak boleh tahan juga.
2 tin kecil sardin
2 atau 3 biji kentang dipotong ikut suka
4 sudu besar kari ikan
1 sudu besar cili kering giling
bawang merah dan bawang putih untuk menumis
beberapa helai daun kari
rempah 4 sekawan
santan dari 1/2 biji kelapa
sebiji limau kasturi
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan penumis dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan cili. Kacau sampai masak. Kemudian masukkan pula santan. Apabila mendidih, masukkan kentang. Masak sehingga kentang hampir empuk, baru masukkan sardin berserta kuahnya sekali. Kemudian perahkan llimau. Sekiranya tidak cukup masamnya, boleh tambah sedikit lagi.
Sejak uric asid aku tinggi, aku dah tak makan sardin dan apa-apa je makanan yang berkaitan dengan sardin. Tapi tak bermakna aku tak masukkan sardin dalam menu keluarga.
Sekian.
ibundo
sardin masak apo pun sodap lah kakpah..makan dgn titik lado api lagi best kan?se pun jarang2 makan sardin..somi se kono pantang.samo kes cam kakpah.
ReplyDeletegulai sardin memnag feveret family kaklong,tapi kari sardin tak ponah buek...!
ReplyDeleteBest betul nengok entree2 blok ni.. sedap je jamu mata.. kalau dapat jamu selera lagi best!!
ReplyDeleteSardin tu menyelerakan...makan dgn lempeng sedap ni kakpah.
ReplyDeleteanim,
ReplyDeleteiyo.. makan montah macam tu. hiriskan bawang mo lado. lopeh tu porahkan asam limau. mak oi ai..
kalong,
tu lah.. kakpah pun lum ponah. tu yang cubo tu.
wifenavy,
timer kasih jenjalan dapur bundo ni.
noor,
haah.. ngan roti je pun dah sedap.