Sunday, October 10, 2010

AYAM GORENG UNGKEP

Semasa ke jakarta haritu mak belajar satu resepi daripada makcik Mis. Waktu itu kami bersarapan pagi. Mereka memang dah biasa agaknya makan nasi tiga kali sehari, sarapan, tengahari dan makan malam. (Kami pun terpaksalah makan nasi juga. Mak cuma jamah-jamah saja). Satu pagi kami dihidangkan dengan ayam goreng. Sedap. Dagingnya lembut dan rempahnya meresap ke dalam daging. Mak bertanyakan resepinya dan di sini mak tuliskan buat kamu. Yang lelaki ambil resepi ini dan suruh isteri mencubanya bila dah kawin nanti.

Ayam goreng ungkep.


Bahan :
1 ekor ayam, potong 8

5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ruas kunyit
1 sdm ketumbar
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh jintan manis
sedikit lengkuas
1 inci halia
3 biji buah keras
(Kisar halus kesemua bahan di atas)

segenggam kelapa parut (lebih pun tak apa)
2 batang serai yang diketuk
garam secukup rasa
air kelapa untuk merebus ayam


cara:

Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Leburkan kesemua bahan di atas termasuk air kelapa ke dalam periuk berisi ayam tadi. Air kelapa mestilah sama paras dengan ayam. Rebus sehingga air kering. Tutup periuk dengan penutupnya. Api jangan besar sangat, nanti air cepat kering dan ayam belum empuk lagi. Biar perlahan.

Bila ayam sudah empuk dan air kering, keluarkan ayam. Goreng ayam itu. Sekejap saja, jangan goreng sampai hagus. Apabila kesemua ayam selesai digoreng, goreng pula bumbu yang ada dalam periuk itu sehingga garing Kemudian taburkan di atas ayam goreng tadi.


1 comment:

  1. lain dari yg lain ..tp dpt merasakan begitu sedap di ratah ..

    ReplyDelete